Salma Salsabil lancar single terbaru-“RUMAH”.


Oleh: Norazni Ismail.

Setelah meraih kejayaan lewat lagu “Bunga Hati”, kini penyanyi yang sedang meningkat naik, Salma Salsabil, kembali dengan karya terbaharunya berjudul “Rumah” yang dihasilkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

Lewat lagu “Rumah” ini Salma Salsabil tidak hanya bertindak sebagai penyanyi, namun dia juga menjadi pencipta lagu. Malah lantunan gitar akustik pada lagu yang bernuansa sayu ini juga dimainkan oleh Salma sendiri.

Lagu “Rumah” bercerita tentang rumah versi Salma, iaitu orang tua dan keluarganya. Di lagu ini, dia menceritakan tentang bagaimana dirinya merindukan rumahnya kerana tinggal jauh dari mereka demi meraih mimpinya sebagai penyanyi. Sebelumnya, lagu ciptaannya ini sudah pernah dibawakan di panggung Indonesian Idol dan disambut dengan baik oleh banyak pihak kerana maknanya yang dalam serta dapat dirasai oleh banyak orang, terutama mereka yang sedang merindukan rumah mereka.


“Melalui lagu ini, aku ingin menyampaikan bahawa rumah bukan selalu tentang tempat. Rumah bisa jadi mereka yang menerima dan mencintai kita apa adanya, sehingga ketika bersama mereka kita bisa jadi diri kita sendiri. Jadi, meskipun di lagu ini rumah versi aku adalah orang tua dan keluarga, aku yakin semua pendengar di luar sana punya rumah versi mereka sendiri. Bisa jadi teman atau pasangan,” ujar Salma menjelaskan makna dari lagu ini.

Berbeza dengan single sebelumnya yang sangat rancak, susunan lagu “Rumah” dibuat sangat mudah dengan menyajikan dominasi suara gitar akustik yang dimainkan sendiri oleh Salma Salsabil.

“Aku berharap lagu ini bisa menjadi soundtrack buat kalian yang sedang rindu dengan rumah kalian masing-masing. Dan, jangan lupa didengarkan secara terus-menerus,” harap Salma. Single “Rumah” sudah dapat didengarkan di semua platform muzik digital kesayangan anda.

Single “Rumah” sudah dapat didengarkan di semua platform muzik digital kesayangan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan