“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi yakin dengan pasukan yang ada, dapur yang bersih dan telah diiktiraf oleh agensi berwajib-DMS

 


Oleh: Norazni Ismail.

NILAI- Nikmati juadah berbuka puasa yang menyajikan masakan selera kampung di Dewan Mahligai Seri Nilai (DMS) yang terletak di Jalan Delima 1, Kawasan Perindustrian Nilai 3 dengan bertemakan ‘Nostalgia Selera Kampung’.

Apa yang menariknya, DMS menghidangkan bufet Ramadan dengan pelbagai juadah makanan yang diinspirasikan dari masakan ibu disamping dekorasi dewan yang dihiasi dengan pelbagai props berlatarkan suasana kampung. Disamping menikmati hidangan selera kampung serta suasananya seperti tahun 80 an, semestinya pengunjung akan mengimbau nostalgia zaman silam mereka. 

DMS telah menyajikan sebanyak 80 juadah dan hidangan yang lazat serta menyelerakan yang terdiri daripada masakan kampung masyarakat Melayu, Cina dan juga India. Antara menu yang disediakan adalah set Nasi Kawen, Nasi Putih Daun Pandan, Rendang Ayam Pucuk Ubi, Ayam Masak Merah Seri Rose, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Gulai Kawah Klate, Ikan Tongkol Masak Kari Mamak, kambing grill, ikan bakar, sate, pelbagai hidangan mi dan banyak lagi. Menu utama juga akan bertukar mengikut kitaran dalam setiap minggu.






Menurut Eksekutif Pembangunan Perniagaan DMS, Mohd Jeffri Jumi, harga yang ditawarkan di DMS ini sememangnya sangat berpatutan dan beliau menganggap harga yang diletakan ini sebagai harga pengenalan setelah lama tidak beroperasi disebabkan pandemik COVID 19. 

“Sepanjang pandemik, perniagaan kami tidak dapat beroperasi dan saya juga cukup terharu dengan kesetiaan kakitangan saya walaupun syarikat tidak dapat menghasilkan keuntungan tetapi mereka masih bersama saya. Dari segi penyajian juga, DMS hanya menggunakan kakitangan sendiri tanpa sumber dari luar. Faktor-faktor ini juga menyumbangkan kepada penjimatan kos operasi.









“Saya memang gemar kepada masakan kampung dan disebabkan itu DMS menyediakan juadah masakan kampung yang pastinya akan terkenang kepada masakan ibu kita. DMS juga mempunyai sentral kitchen yang halal berhampiran dewan dan kebersihan yang diiktiraf oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” Ujar Jeffri.

Sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh menghubungi di talian 010-700 7738 / 010-587 0000. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DMS juga boleh melayari media sosial Dewan Mahligai Seri di Facebook, Instagram dan Tiktok.






Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan