Sertai peraduan “Hoora Hooray Raya” EB Frozen Food dan menangi hadiah bernilai sehingga RM25,000.
Oleh: Norazni Ismail.
Hampir dua minggu menjalani ibadah puasa, ternyata masyarakat islam di negara ini cukup bertuah untuk menikmati pelbagai juadah berbeza. Bukan sahaja semasa berbuka puasa tetapi juga ketika bersahur, namun menjadi persamaan setiap makanan yang dipilih harus memberikan kepuasan semasa menikmatinya.
Melihat ini sebagai salah satu keutamaan, Syarikat pengeluar produk sejuk beku, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) sentiasa menyediakan produk yang berkualiti buat pelanggannya.
Tidak sekadar itu, dalam melengkapi kehidupan serba moden pelanggan terutamanya pada bulan Ramadan ini, fokus utama jenama ini juga cara penyediaan produk EB Frozen Food yang lebih cepat dah mudah.
Berkongsi mengenai kelebihan produk ini dengan lebih lanjut, menurut Eksekutif Pemasarannya, Nurul Fatihah Jamil pihaknya sentiasa peka akan keperluan pelanggan mereka. Melihat EB Frozen Food sebagai antara jenama pilihan ramai kini, jelasnya pihaknya sentiasa komited dalam menyediakan produk sejuk beku yang sesuai dinikmati semua golongan di negara ini.
“Menjadi lumrah setiap pelanggan untuk memilih produk yang sedap dan berkualiti tinggi, tetapi melihat keadaan ekonomi yang sangat mencabar, para pelanggan lebih memilih produk yang memberi tawaran harga terhebat di pasaran.
“Bersempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya, istimewa buat semua peminat produk keluaran EB pelanggan bukan hanya dapat membeli produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan malah boleh menikmati harga serendah kurang dari RM10 untuk satu paket dan dalam pakej ‘Combo Deal’ bagi barangan terpilih di AEON, AEON Big, TF Value, Billion, Giant dan pasaraya berdekatan,”kongsinya.
“Kami akan mengedarkan kira-kira 5,000 pek bubur lambuk berserta produk keluaran EB iaitu Tempura Chicken Nugget kepada orang ramai.
Kumpulan EB ditubuhkan pada tahun 1995. Ia bermula sebagai pengeluar kulit tauhu dan sejak itu telah berkembang menjadi empayar makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai produk inovatif. Pengalaman pengilangan selama 29 tahun Kumpulan EB mempunyai reputasi yang baik, menunjukkan hasil daripada usaha sepenuhnya. Dengan hubungan globalnya dalam industri makanan, EB menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan telah berjaya dieksport ke 33 negara di seluruh dunia.
Sebagai salah satu syarikat terkemuka di Malaysia, Kumpulan EB memiliki tiga anak syarikat yang menawarkan pelbagai produk: Everbest Soya Bean Products Sdn Bhd (berfokus pada produk berdasarkan kacang soya), EB Frozen Food Sdn Bhd (berfokus pada surimi, ayam, udang, dan ikan Alaska Pollock yang baru dilancarkan) dan Hoshay Food Sdn Bhd (berfokus pada produk vegetarian tradisional dan produk berasaskan tumbuhan). Setiap jenama membawa siri produk berkualiti, yang menyediakan pelbagai pilihan makanan yang mudah kepada pengguna.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Noor Azlin Badrim / Nurul Fatihah Jamil 017-483 7807 / 012-550 9907
Domestic Business Unit EB Frozen Food Sdn Bhd
Comments
Post a Comment