'JOURNEY' buah tangan DATO AWIE untuk perminat.

 

Oleh: RyesHazmanja

PUTRAJAYA 08 APRIL 2024-  'Bike and Beans'  Putrajaya saksi perjalanan hidup Dato Awie dengan pengumuman konsert solo Dato Awie pada Ogos nanti.Pada 7 april 2024 tersingkap sudah teka teki tentang konsert solo terakhir yang bakal Dato Awie adakan bersama majlis raikan asnaf dan 30 anak-anak yatim di samping itu Dato Awie ada menyampaikan sumbangan kepada artis veteran kita Isma Alif, Arwah Yazid Search dan Sazali P.Ramlee. Balu Allahyarham Yazid dan isteri Sazali mewakili mengambil sumbangan.

Berbalik kepada Konsert 'Journey' yang bakal berlangsung pada 3 Ogos nanti ini adalah naskah Awie yang terakhir sebagai artis solo. Dikhabarkan banyak lagu-lagu hits dari album solo Dato Awie akan didendangkan dalam konsert selama 2 jam itu.

Dukacita dimaklumkan tiket sangat-sangat terhad. Hanya sebanyak 2900 tiket sahaja yang di jual untuk konsert akhir Dato Awie ini. Konsert solo 'Journey' ini di bawa khas oleh Truepixel sdn.bhd dengan kerjasama Rumah Produksi Merah. Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dangangan Kuala Lumpur ( WTCKL) memberi makna yang terlalu istimewa pada Dato' Awie kerana ini lah naskah terakhir beliau untuk peminat-peminat beliau yang tidak pernah jemu memberi sokongan sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan tempatan.

Perjalanan seni dari tahun 1985 hingga ke tahun 2024 semua Dato' Awie akan mempersembahkan dalam konsert tersebut. Kehidupan seni seorang 'Awie' suka duka kehidupan ,jatuh bangun dan hingga lah bergelar bapa kepada 7 org anak.Seloroh Dato Awie ketika di dalam majlis dia 'anak ramai'. Dato' Awie juga berkata dia tidak akan lama lagi di atas pentas seni memandangkan usia nya yang sudah terlalu banyak untuk memberi komitmen kepada karier. Kata Dato Awie lagi dia ingin memperlahan kan seni nyanyian tapi akan terus dalam seni lakonan cuma tidak lah terlalu ketat. Dato Awie juga ingin meluangkan masa bersama keluarga dan ingin melihat anak-anak kecilnya terutama yang bakal lahir lagi 4 bulan.

Di sini Truepixel Sdn.Bhd menyeru semua peminat-peminat Awie untuk tidak melepaskan peluang menonton konsert 'Journey' Dato Awie perjalanan 30 tahun Awie sebagai artis solo pada 3 Ogos ini.

Dato' Awie juga ada memaklumkan di majlis berbuka puasa semalam yang sidang media rasmi akan di adakan dalam masa yang terdekat. Maklumat tentang harga tiket, konsep dan pemilihan lagu akan di kongsikan pada sidang media tersebut.

Pengawai Eksekutif Truepixel Sdn.Bhd,Encik Samsul Kamal berkata,"Pra-pendaftaran untuk konsert ini akan di buka pada 1 Mei 2024.Manakala penjualan tiket akan bermula pada 15 Mei 2024.Tiket Konsert Dato' Awie, 'JOURNEY' boleh di dapati melalui laman web www.pixeltix.com.my dan diskaun istimewa akan diberikan kepada pendaftar terawal.

Ingat ya para peminat sekalian ini adalah konsert solo akhir Dato' Awie dan yang pasti tiket adalah amat terhad.Simpan dan 'lock' tarikh pembukaan belian tiket sesiap ya. Memori akan tercipta di konsert 'JOURNEY' Dato' Awie".

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan