"LAMBAIAN SYAWAL" buah tangan Life Petal buah peminat menjelang Syawal ini.
Oleh: Norazni Ismail.
Single ke Lapan yang bertajuk “Lambaian Syawal” berentak Balada. Sinopsis: Lirik lagu ini dikarang oleh Mohd Khair Mohd Yasin (penulis lagu “Cinta Melonkolia” pada awal 90an).
“Lambaian Syawal” mengisahkan suasana menyambut bulan Syawal secara umum, ada yang menyambut secara gembiraan & ada pula suasana yang sedih dan pilu. Kegembiraan kerana sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Maka hari Raya adalah kemenangan buat mereka. Kesedihan pula kerana ada yang ahli anggota atau saudara mara yang telah pergi dijemput Ilahi tidak dapat menyambut sama seperti hari raya yang sebelum ini.
Band ‘Life Petal’ telah ditubuhkan pada tahun 2013 bermulanya dengan menggunakan nama ‘Fassa De’rossa’ dan tukar kepada ‘Life Petal’ pada tahun 2014.
Maksud nama Life Petal ialah menunjukkan band ini
hendak menyampaikan mesej tentang kehidupan iaitu dalam Bahasa inggerisnya
‘Life’ dan ‘Petal’ pula ialah kelopak bunga dalam Bahasa Inggeris menunjukkan
kiasan tentang alam cinta, tak kira dengan sesama hubungan manusia dan Maha
Pencipta.
Tumpuan band Life Petal ini ke arah genre Simfonik Rockestra Balada.
Inspirasi rujukan kami Life Petal adalah seperti band Raven, Khalifah &
Mojo. Inspirasi di barat (luar negara) pula seperti band Cardiant, Nightwish,
Alcatrazz, Myrath & Scorpions/
Comments
Post a Comment