MONOSTERIO Lancar OST Telemovie "JADI RAYA TAK JADI".



Oleh: Norazni Ismail.

Mac 2024, Kuala Lumpur. Monosterio telah melancarkan sebuah Ost Telefilem berjudul “Jadi Raya Tak Jadi”.

Lagu ini merupakan ost utama sebuah telefilem berjudul “Jadi Raya Tak Jadi” Arahan sutradara Jebat, Multimedia Film Productions Sdn Bhd akan mula ditayangkan di Astro First bermula 4 Febuari 2024.

Lirik oleh Fj Muzik dan susunan lagu adalah oleh Fj Muzik , ALAN , ANEP DAN IZAN (Monosterio) manakala struktur muzik dan penyusunan lagu oleh Monosterio sepenuhnya. Lagu ini telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Records,dimiliki sepenuhnya oleh Monosterio Proses adunan dan mastering oleh Anep Monosterio.

Anep Monosterio ( pemain deram ) turut berlakon didalam telefilem ini, ia adalah lakonan pertama beliau secara eksklusif.Turut memegang watak utama adalah saudara Fikry Ibrahim , Adan Eji , Farouk Hussain , Azhar Sulaiman , Dewa Sapri & Din Latah.



Sebuah telefilem komidi raya mengisahkan tentang Farid, seorang remaja warganagara Amerika dan berketurunan malaysia, mendapati dirinya terperangkap dalam keceriaan kampung halamannya di Malaysia selepas kehilangan ibunya. Walaupun bapanya, Karim, pada mulanya menentang, Farid dengan penuh semangat, berjaya meyakinkannya bahawa dia mampu melakukan pengembaraan pulang seorang diri.

Perjalanan mereka ke Kedah adalah pengalaman yang penuh dengan kejutan. Murad memilih jalan pintas yang tidak ramai orang ambil, menimbulkan syak Farid tentang niat sebenar Murad. Sangkaan Farid semakin bertambah apabila mereka terlibat dalam kemalangan dengan orang kampung yang melibatkan kambing Haji Saat sehingga mencetuskan kekacauan dan kekecohan di kampung itu.

 Sebelum ini Monosterio dikenali dengan nama OTWO dan kini tahun 2024 mereka telah menukar dengan menggunakan nama Monosterio sempena ingin mencari ruang serta idea baharu yang lebih segar. Mereka masih bersama ahli kumpulan asal sehingga kini.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan