Oleh: Norazni Ismail.
PETALING JAYA 16 Mei 2024 – Kuala Lumpur - ALYPH, penyanyi dan bintang rap kelahiran Singapura yang pernah tular dengan lagunya "Swipe" dahulu baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul ‘Dari Jauh’.
Melalui karya "Dari Jauh", ALYPH meneroka rona-rona irama R n'B yang lebih perlahan, semestinya jauh beza dengan apa yang pernah beliau paparkan dalam karya-karya terdahulunya yang sarat dengan nuansa hip-hop.
ALYPH menjelaskan bahawa "Dari Jauh" merupakan sebuah lagu putus cinta yang menyakitkan, mengisahkan seseorang yang tidak pernah memberikan waktu dan perhatian terhadap hubungannya dengan kekasih sendiri. Sehinggalah kekasihnya mendapat peluang yang besar dan terpaksa melangkah pergi darinya, barulah dia sedar tentang kesilapannya.
Selain dari bentuk audio, ALYPH juga telah melancarkan lagu "Dari Jauh" dalam bentuk video muzik yang menarik dan unik. Ia diterbitkan oleh Nocturnal Projects dan diarah oleh Bobby Adrian Vitra serta Jessy Sylviani. ALYPH mengambil keputusan untuk membuat sesuatu yang lebih ringan, menampilkan dua orang yang jatuh cinta namun kalah dengan ketua saingan mereka. Dengan latar belakang sebuah kedai baju, video muzik ini kelihatan ringan namun penuh makna.

Ini membolehkan kami untuk menterjemah lagu ini dengan pelbagai cara, mungkin dengan mengingatkan kita pada sesuatu atau membenarkan kita mencipta babak-babak tertentu dengan pengalaman unik hidup kita sendiri, menjadikan lagu ini sesuatu yang lebih peribadi buat kita.
Penerbitannya dilakukan di Indonesia dengan pembabitan ALYPH sebagai salah seorang pelakon. “Ia memerlukan waktu selama satu hari untuk penggambaran dan saya juga terpaksa berlakon sama. Ia menarik dan menyeronokkan, berbeza dengan proses pembuatan lagu yang sering saya lakukan," katanya lagi.
ALYPH turut menyatakan bahawa mencipta lagu di Jakarta dengan para pemuzik berbakat merupakan salah satu impiannya. Lagu "Dari Jauh" sendiri adalah cerminan tentang muzik terhadap dirinya.
“Ia seperti mengumpul semua kenangan kegemaran anda dan mengabadikannya di dalam satu wangian, kemudian dimasukkan ke dalam botol minyak wangi,” tambahnya.
Melalui lagu terbaharu ini, diharap lebih ramai akan mendengar ALYPH serta merasai
maksudnya di samping memahami rasa cinta yang terkandung sehingga mungkin tular sekali
lagi.

Comments
Post a Comment