Kolaborasi Universal Music Malaysia dan Surya Malaysia Lantik Ernie Zakri Sebagai Duta Zeleb+ NMN
Oleh: Zizi Hashim
Universal
Music memanfaatkan pengaruh selebritinya, berusaha untuk menyebarkan lebih
banyak kegembiraan melalui ‘kesejahteraan berpaksikan muzik’ kepada orang ramai
manakala Surya terus komited untuk membangunkan lebih banyak produk kesihatan
buat rakyat Malaysia. Dengan misi untuk meningkatkan landskap kesihatan negara
dan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat, kolaborasi
terbaru bersama Universal Music Malaysia dalam memperkenalkan era baru sinergin
antara kesejahteraan dan muzik.
Usahasama
ini memperkenalkan produk pertama mereka, Zeleb+ NMN setelah menyedari potensi
NMN untuk meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat. Ini adalah
sejajar dengan hala tuju strategik kedua-dua pihak untuk mempromosikan
kesejahteraan dan kebahagiaan disamping meluaskan manfaat NMN kepada masyarakat
sekaligus menjadikannya lebih daripada pemerhatian anekdot secara asas untuk
kehidupan rakyat Malaysia.
Dilantik
sebagai Duta Zeleb+ NMN, Ernie Zakri menemukan kecergasan stamina dan
keremajaan semula melalui produk tersebut. “Saya tahu pentingnya keseimbangan
buat seorang ibu, penyanyi, penulis lagu dan selebriti yang melalui hari-hari
penuh dengan kesibukan. Harus bijak membahagikan masa antara usaha kreatif dan
komitmen keluarga, saya perlu kekalkan tenaga untuk berjaya mengendalikan semua
tanggungjawab. Memang sangat mencabar namun saya sudah jumpa senjata rahsia.” tutur
Ernie Zakri ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Zeleb+ NMN pada 8 Mei
2024 bertempat di ibu pejabat Arena Watsons, Exchange 106.
Artis
berbakat besar itu berkata, Zeleb+ NMN dapat memberikan ransangan tenaga kepada
seorang ibu sepertinya yang memerlukan banyak tenaga dalam menguruskan keluarga.
“Lebih mudah untuk saya meluangkan masa bermain dengan anak perempuan saya dari
siang ke malam setelah mengambil Zeleb+ NMN ini. Ia sangat membantu saya
menjadi lebih bertenaga dan menjadi ibu yang lebih baik.” tambahnya. Ernie
Zakri tampak cantik dan comel pada petang itu berbusana shocking pink dengan celana hitam, sentiasa menguntum senyum manis
kepada para peminatnya.
“Sebagai
penyanyi, saya percaya ketetapan dan kejelasan memainkan peranan penting dalam
setiap persembahan saya. Zeleb+ NMN lah ‘senjata rahsia’ yang membantu saya
kekal fokus dengan fungsi kognitif.” Secara keseluruhannya, Zeleb+ NMN telah
menjadi sebahagian daripada rutin harian Ernie. “Bukan sahaja memberi tenaga
yang luarbiasa, tetapi juga untuk meremajakan kulit, sentiasa tampak muda
remaja dari usia sebenar.” ujarnya usai mendendangkan lagu “Masing Masing”
khusus buat peminatnya pada sidang media pelancaran itu.
Pelanggan
boleh mendapatkan Zeleb+ NMN dari Watsons Store terpilih, aplikasi dan website
Watsons. Dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan
produk, Surya menyediakan penyelesaian premium untuk kesihatan dan
kesejahteraan. Dengan bangganya diperakui sebagai produk halal, mereka memenuhi
pelbagai keperluan pengguna yang dihargai.
Comments
Post a Comment