Konseret Divas & Diamonds 2024 bakal diadakan pada September ini.
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 28 MEI 2024- Untuk kebanyakan daripada kita, muzik dan lagu telah menemani kita sepanjang hidup kita dan memberi kita pelbagai memori indah sepanjang hayat. Seperti bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, memang sukar nak pisah irama dan lagu.
Itulah salah suatu tujuan penubuhan Syarikat Mega Eve Sdn Bhd; iaitu dengan niat untuk menghidangkan konsert-konsert yang mempamerkan artis-artis yang membawa persembahan dengan penuh intensiti, di mana penonton akan dihiburkan dan menghargai kenangan indah ini selama-lamanya.
Itulah sebabnya kami berada di sini hari ini untuk melancarkan, apa yang kami harap akan menjadi salah satu konsert terbaik yang pernah diadakan dan kami menamakannya, Divas & Diamonds 2024. Dengan barisan bintang yang penuh menyinar, peminat di Johor Bahru boleh menjangkakan malam yang meriah dengan persembahan menakjubkan yang ditenun dengan pentas, bunyi dan lampu yang inovatif.
Divas & Diamonds merupakan sebuah konsert berkonsep yang menampilkan bakat-bakat generasi dari Indonesia dan Malaysia iaitu artis fenomena Dato’ Sri Rossa, Dato’ Jamal Abdillah yang tiada tandingan dan artis yang penuh berkaliber iaitu Dayang Nurfaizah. Untuk melengkapkan barisan artis Divas & Diamonds 2024, kami mempunyai satu lagi superstar yang akan kami umumkan, dalam masa terdekat.
Sebagai legenda negara mereka sendiri, artis-artis yang kami sajikan untuk konsert ini mempunyai lebih daripada 60 album diantara mereka, mereka juga telah merangkul berbagai anugerah berprestasi dan merupakan permata utama industri muzik. Seperti yang kita tahu, diva adalah orang yang mempunyai bakat yang luar biasa, sangat dihormati dan diraikan sebagai yang terbaik. Kami yakin bahawa barisan kami untuk konsert ini akan bersinar seperti berlian dengan lagu-lagu dan persembahan mereka.
Semasa sidang akhbar, Dato’ Sri Rossa mengatakan bahawa dia sudah merindui peminatpeminatnya di Johor Bahru setelah hampir sedekad tidak mengunjungi di sana dan beliau tidak sabar untuk membuat persembahan disana.
"Divas & Diamonds 2024 adalah platform terbaik untuk saya bertemu peminat saya di JB dan saya tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di sana," kata Dato' Jamal Abdillah, melalui main balik video beliau semasa sidang media.
Dengan cara santai dan tetap penuh hormat, Dayang Nurfaizah berkata penglibatan beliau dalam Divas & Diamonds 2024, " Ia benar-benar satu penghormatan kepada saya dapat menyertai barisan yang bergemerlapan ini. Persembahan saya bersama dengan Dato Sri Rossa dan Dato Jamal akan menjadi sesuatu konsert yang sangat istimewa, Insya Allah ".
Comments
Post a Comment