'OPPA' FILEM BERDASARKAN KISAH BENAR SEORANG GURU.



Oleh: RyesHazmanja.

Siapa tidak pernah di 'scam' seumur hidupnya adalah manusia terhebat.Scam ini bukan sahaja wang ringgit boleh jadi perhubungan cinta dan banyak lagi faktor.Tapi kebelakangan ini rakyat dunia ramai yang menjadi mangsa penipuan 'Cinta di dalam talian' atau lebih di kenali dengan 'Love Scam'.

Dream Film Sdn.Bhd berkerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial mengambil inisiatif menghasilkan sebuah filem adaptasi dari kisah benar berjudul 'OPPA'.Pengarahnya Captain Denil berkata,ia adalah sebuah filem tentang jenayah 'love scam' yang sering berlaku dalam segelintir masyarakat dunia sekarang.

Di dalam OPPA memaparkan kisah seorang guru wanita yang bercinta di dalam talian dengan seorang jejaka Korea,tetapi mengalami kerugian ratusan ribuan ringgit apabila kekasih hati Koreanya menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Lebih malang lagi guru wanita itu menjadi buruan 'Ah long ' kerana tidak dapat membayar hutang yang di pinjam nya.Beliau meminjam wang semata-mata untuk di berikan kepada kekasih hatinya.

Adakala kita merasa pelik bagaimana jenayah ini boleh berlaku di kalangan mereka yang terpelajar dan mempunyai ilmu. Mungkin kurangnya kesedaran sejagat membuat kan ramai tidak prihatin dengan masalah 'scammer' yang ada di sekeliling kita. Jadi dari sebab itu lah tercetusnya idea dari Captain Denil untuk menghasilkan filem jenayah 'Love Scam' ini.

Filem ini menampilkan Theo Jang ,pelakon yang berasal dari Korea Selatan serta influencer popular Jacqueline Goh Wan Yi serta pelakon tempatan yang lainnya seperti Li Zi Qi,Amanda Tan,Sadiq M.Jamil,Chen Kuoyang dan ramai lagi.

Di maklum kan pelakon utama juga pernah menjadi seorang pendidik iaitu Jacqueline Goh Wan Yi dan beliau juga ada pengalamanan di scam dalam talian jadi sedikit sebanyak dapat membantu nya menghayati watak sebagai pendidik yang di scam melalui cinta talian.

Tajuk 'OPPA' di pilih bukanlah semata kerana populariti artis K-pop di negara ini,tetapi ada juga berlaku kejadian di mana ada individu menggunakan gambar artis-artis popular di Korea Selatan untuk memperdaya mangsa menerusi media social di 'Dating apps'.Kata Denil selaku pengarah filem ini.

Denil juga menjelaskan filem ini adalah adaptasi kisah sebenar yang pernah berlaku berdasarkan laporan kepada pihak polis.

Filem ini juga melibatkan 80 orang anggota polis (PDRM) Ucapan terima kasih juga di atas kerjasama ini.

Malah seorang pengawai polis iaitu Penolong Ketua Pengarah ACP Lai Lee Ching turut bertindak sebagai pengarah projek dan beliau banyak membantu produksi dari segi penyelarasan jadual anggota polis agar kerja-kerja pengambaran dapat berjalan dengan lancar . Ulas Denil lagi.

Pada peringkat permulaan pembikinan tidak ramai yang berminat melabur kerana Oppa bukan filem Komersial.

Filem ini lebih kepada ingin memberi kesedaran kepada masyarakat itu yang mereka ingin paparkan. Filem OPPA ini juga bukan lah filem 'genre' aksi tetapi lebih kepada cerita 'kemasyarakatan' di mana kita semua kena ada kesedaran tentang jenayah 'scam' ini boleh jadi ia sedang berlaku di dalam keluarga kita sekarang ini.Selepas berusaha dan bersabar akhirnya ramai yang masuk melabur kerana ingin menyumbang kesedaran ini bersama-sama untuk masyarakat.

Di sini ajak lah teman-teman anda ke panggung yang berdekatan bermula 9 Mei 2024 nanti .Lebih kurang 30 pawagam akan menayangkan filem OPPA ini serentak.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan