REMY ISHAK SEBAGAI BAPA TUNGGAL DI DALAM 'RESTU'.
Oleh: RyesHazmanja.
Bersaksi kan di The Met ,Mont Kiara,Kuala Lumpur bertarikh 23 April 2024 telah berlangsung pelancaran drama bersiri bertajuk 'Restu' yang di bintangi pelakon utama hero Malaya kita ' Remy Ishak ' yang bakal di tayangkan di platform aplikasi 'IQIYI' pada 26 April 2024 pada Jam 9 malam. Drama bersiri 10 episod ini di bintangi oleh bintang-bintang hebat tanahair seperti Remy Ishak,Wana Ali,Siti Elizad, Ahrinie Aharudin,Elizebeth Tan,Puteri Rafasya dan bintang sokongan Adlin Aman Ramli ,Emilia Rosnaida dan beberapa lagi bintang hebat.Drama ini di arahkan oleh pengarah terkenal tanahair lagi tersohor ,Heykal Hanafiah dan produksi Infinitus Production selaku penerbit drama bersiri ini.
Pengurus besar IQIYI Malaysia & Singapura,Encik Jony Deng berkata "Selepas kejayaan drama Rampas Cintaku 2 yang di lakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, IQIYI bakal melancarkan drama terbaru bertajuk RRSTU" demi untuk memenuhi permintaan penonton yang setia bersama IQIYI.
'RESTU' juga merupakan di antara 12 drama terbaik yang bakal mewarnai tahun 2024 di dalam aplikasi IQIYI.
Drama RESTU ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Razak(Remy Ishak).Razak ini kematian isteri bernama Julia dan mempunyai seorang anak perempuan yang meningkat dewasa bernama Amy( Puteri Rafasya).Hal ini menyebabkan Razak terpaksa mencari teman hidup untuk membantu dia membesarkan anak perempuannya tetapi anaknya meletak kan tiga syarat yang perlu di penuhi.Siapakah calon isteri Razak yang mendapay 'restu' dari Amy anak Razak.Apa pulak syarat-syarat yang di letak kan oleh Amy puteri hati Razak?.Semua nya bakal di jawab dalam 10 episod drama 'Restu' di aplikasi IQIYI.
Percaya atau tidak pengambaran drama ini sahaja mengambil masa selama dua tahun untuk di siapkan.Banyak perbincangan dari aspek jalan cerita ,watak,genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar menepati citarasa masyarakat itu sendiri.
Ketelitian pemilihan barisan pelakon haruslah di buat agar para pelakon dapat menggalas watak dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang. Tidak fokus pada aspek populariti sahaja namun lebih kepada bakat 'versatile' yang di miliki setiap pelakon menjadi keutamaan agar dapat menghasil kan produk yang kualiti.
Kami menyasarkan drama Restu ini akan menjadi penyambung seluruh dunia agar mereka dapat menyaksi kan keunikan budaya kita orang Malaysia dan kehidupan kita di samping mempelbagai kan kandungan di gital tempatan.
Muat turun aplikasi 'IQIYI' di Apple Store atau google play store sekarang ,Taip 'IQIYI' dengan yuran langgan hanya RM9.90 sahaja.Nikmati penstriman berdefinisi tinggi tanpa gangguan dengan internet 5G tanpa had.Boleh di langgan oleh pelanggan dan Pascabayar Hotlink dengan pas internet bulanan aktif.
Jangan lupa temujanji anda bersama drama RESTU bermula 26 April 2024, pada jam 9.00 malam ( setiap Jumaat dan Sabtu) yang menjanjikan sebuah pengalaman menarik dengan aspek kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.
Comments
Post a Comment