“Satu Malam Penuh Nostalgia dari The A.C.A.B"
Oleh: Norazni Ismail.
Selepas 18 tahun! Ya …18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri, showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley,
‘Satu
malam penuh nostalgia daripada The A.C.A.B selepas
ini. Itu ikrar kumpulan yang condong ke arah nuansa ‘britpop’ atau lebih mudah
digelar sebagai ‘indie’ setelah bertahun-tahun ‘setia’ di bawah panji-panji
skinhead/ Oi/ street rock. Mungkin
kedengaran agak klise, namun ianya sarat dengan mesej yang mendalam.
“Ini
adalah malam yang penuh nostalgia dan hanya akan berlaku pada malam itu
sahaja. Kami tidak akan mengadakan siri
jelajah dimana-mana lokasi lain. Justeru
itu kami harap peminat untuk hadir dan bersama-sama mencipta memori dan
nostalgia”, ujar Megat ketika di temui di Bsync Studio, Kuala Lumpur pada 29
Mei lalu.
“Kami
faham ramai peminat yang mahu kami beraksi di tempat lain, tetapi kami
menganggap bahawa showcase ini sebagai showcase eksklusif sebagaimana album
‘This Is The A.C.A.B’ yang mengetengahkan muzik indie”, ujarnya lagi.
THE A.C.A.B. merupakan kumpulan indie yang terdiri ahli kumpulan A.C.A.B. sewaktu mereka bermain muzik Indie pada sekitar tahun 2005-2007. Pada 2003. A.C.A.B telah pun mempersembahkan gig terakhir serta perpisahan mereka sebelum vokalis, Max melanjutkan pelajaran ke luar negara di London pada tahun yang sama. Apabila Max kembali pada 2005, beliau membentuk THE A.C.A.B. dengan bekas ahli kumpulan A.C.A.B. iaitu Edy pada gitar, Irfan pada dram serta Mono dari The Times pada bass serta Max pada gitar dan vokal.
Sementara itu, Mono (Bass), Edy J (Gitar) dan Irfan (Drums) menyifatkan bahawa ‘This Is The A.C.A.B – Indie Nostalgic Showcase 2024’ adalah sebuah persembahan yang cukup istimewa dan bermakna buat diri mereka selain ianya merupakan ‘hadiah’ yang cukup bermakna untuk semua peminat yang selama ini menyokong dan menerima album yang telah diriliskan pada tahun 2005.
“Ini
bukan showcase biasa dan sudah pasti kami menjanjikan persembahan terbaik
selepas 18 tahun berehat, The A.C.A.B kembali dalam sebuah showcase dan mempersembahkan
lagu dalam satu-satunya album dan barisan anggota asal”, ujar mereka.
“Selain
daripada kesemua lagu yang terdapat di dalam album ‘This Is The A.C.A.B’ kami
juga akan membawakan lagu-lagu ikonik ACAB khas buat fanatika kami serta
beberapa buah lagu ‘cover’ yang menjadi inspirasi buat kami”, tambah mereka.
Untuk
mengembalikan sebuah memori dan meninggalkan momen indah untuk para peminat,
The A.C.A.B kini giat membuat latihan selain meminta ‘penggemar’ ACAB agar
turut hadir mencipta sebuah evolusi yang mungkin tidak akan berulang kembali.
Buat
mereka yang belum memiliki album ‘This Is A.C.A.B’, anda boleh membelinya di
lokasi showcase berlangsung. Selain itu
anda boleh memiliki merchandise lain seperti T-Shirt, Poster, Lanyard dan
sebagainya di lokasi yang sama.
Comments
Post a Comment