The Experts: Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir

 


Oleh: Fenriz Shamudin

‘The Experts’ menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang

Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka. Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai Ketua ataupun Maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai Pakar Risikan, Mimi (Emma) selaku Pakar Manipulasi, Remy (Amer) sebagai Pakar Penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai Pakar Godam. 

Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. 

 

Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, lagu tema rasmi mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’ yang dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza. 


Antara yang bakal menjadi perhatian ialah watak Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31, Remy Ishak dengan imej yang berlainan; kecekapannya menari tango bersama Maya Karin; watak antagonis oleh Jay Iswazir; persembahan lakonan Ray yang mengejutkan serta kelicikan watak Mimi dalam keanggunan wajahnya; melengkapkan lagi ‘mood’ berbeza-beza filem ini. Dari aspek produksi pula, pengarah dan tenaga produksi telah memberikan hasil berbeza menerusi sinematografi, warna visual, dan muzik skor. 

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang agresif buat Astro Shaw apatah lagi selepas kejayaan filem Sheriff yang mendapat sambutan luar biasa. “Filem The Experts membawa perspektif baru dalam industri perfileman Malaysia melalui jalan cerita, lakonan serta kualiti produksi. Ia sarat dengan gabungan elemen aksi, komedi, kekeluargaan, dan memaparkan unsur lokal. Kami yakin itu adalah ‘formula’ untuk sebuah jalan cerita menarik serta relevan untuk semua golongan penonton. Kami berharap, The Experts bukan sahaja dapat diterima oleh penonton kita, tetapi mampu menjadi ‘identiti’ untuk filem aksi heist Malaysia.” 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu 5 adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

 Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini. 

Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir – Jom tengok The Experts di panggung wayang!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan