Posts

Showing posts from June, 2024

Pakat Mai Karnival Gen-AI: Tawar Aktiviti, Hiburan & Peluang Pekerjaan

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 19 Jun 2024 - Buat julung kalinya, Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah (SAHSIAH), Persatuan Kebajikan Muafakat Bersaudara, dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Harmoni Bukit Mertajam dan Pertubuhan Penggerak Nadi Muda Pulau Pinang (PPNM) akan menganjurkan sebuah program Karnival Gen-AI di Pulau Pinang.  Penganjur Bersama, Muhammad Fadzli Roslan berkata, Karnival Gen-AI akan berlangsung selama dua hari iaitu pada Jumaat, 21 Jun 2024 dan Sabtu, 22 Jun 2024 bertempat di C-Mart, Simpang Ampat, Pulau Pinang.  "Karnival ini terbuka kepada orang ramai khususnya anak muda di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Pelbagai program menarik disediakan di mana para pengunjung karnival akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Muay Thai Kuda Merah pada Jumaat malam.  Selain itu, turut diadakan ialah Karnival Kerjaya, Pameran Agensi dan pertandingan e-sports yang pastinya dapat menarik kehadiran peminat ...

6 JIWA MUDA, PENERUS LEGASI MUZIK YANG BIKIN ORANG “KETAGIH” CHERRY ON TOP

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 19 Jun 2024 – Sudah sekian lama industri muzik arus perdana tanah air tidak diperdengarkan dengan band multi bakat semuda Cherry On Top yang membuka banyak mata sejak single mereka, Ketagih dilancarkan. Setahun penggabungan, memperkemaskan penampilan, enam anak muda ini yang berkongsi minat mendalam terhadap seni nyata tidak menduga kejutan yang menanti apabila pesona sehebat Datuk Syafinaz Selamat sedia berkolaborasi. “Siapalah kami ini berbanding beliau, Datuk Syafinaz Selamat?” kata Kuzan, 22, atau nama sebenarnya, Raja Hifzhan Shah Raja Mohd Sham yang merupakan pemain keyboard, juga programmer dan vokal yang mengetuai band yang berasal dari Kuala Lumpur ini. Dimuatkan di dalam EP sulung mereka, Ketagih, bersempena single ciptaan Kusham dan lirik oleh Syafinaz Selamat itu, ia seolah booster buat band yang turut disertai gitaris, Osama, 23; pemain dram, Ayen Tommy, 25; penyanyi utama, Holy, 23; selain pasangan adik beradik, Didi, 22, dan Bobo, 18,...

COKELAT bakal gegarkan Zepp, KL September ini.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 14 JUN 2024- Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat. Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. Melalui media sosial, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini. Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Kikan mewakili Cokelat berkata, "Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap ...

Gabungan Merah Hitam terhasilnya konsert DEF GAB C & KRISTAL X

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 14 JUN 2024- Def Gab C dan Kristal X , dua nama yang telah terpahat didalam sirkit muzik tanahair lebih 20 tahun. Dianggap diantara dua kumpulan pelapis muzik Rock yang mempunyai kualiti dan karektor tersendiri , baik dari segi muzikal, imej dan pengaruh .  Bergabung mengadakan satu persembahan berprestij Merah Hitam @ Zepp KL: “ Def Gab C & Kristal X pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) ini bermula jam 8 malam di mana mereka bakal menyampaikan hampir 20 lagu malar segar yang pernah menjadi halwa telinga para peminat seni tanahair.  “Ini adalah penampilan sulung kami selapas hampir 4 tahun, dimana sebelum int saya lebih aktif menyanyi secara solo. lanya saat yang sangat saya tunggukan kerana "vibe" membuat persembahan bersama ahli band adalah puncak kepuasan saya diatas pentas dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat. lanya juga satu"reunite” kembali Def Gab C dan selepas ini kami terus merancang untuk mengadakan Tour di seluruh Ne...

KONSERT SOLO EKSKLUSIF 5 DEKAD KEMBARA BLUES GANG

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 14 Jun 2024 – Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti. Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat itu memilih pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV Group itu.  Penyanyinya, Ito Mohd berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu.  “Secara solo, di pentas sebesar ini, konsert Blues Gang Apo Nak Dikato ialah yang pertama selepas 50 tahun. Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2 Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity. “Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh ...