'COOLBLOG x WAWA' bergabung untuk mencipta pengalaman yang IKONIK.
Oleh: Norazni Ismail.
Kuala Lumpur, 28 Julai 2024 – Hari ini menandakan pelancaran yang sangat dinantikan antara Coolblog, jenama minuman smoothie yang telah berada di pasaran selama 19 tahun, dan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA, yang diasaskan oleh selebriti terkenal Malaysia, Wawa Zainal. Kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baru berasaskan Buah Epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan. Kolaborasi ini juga bertujuan mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Fokus utama adalah untuk mempromosikan dan memperkasakan jenama tempatan dalam industri.
Konsep booth pelancaran kali ini benar-benar memikat dengan gabungan warna pink Coolblog yang ceria dan merah glamor dari WAWA. Menggabungkan 2 elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, Coolblog x WAWA disatukan untuk mencipta pengalaman yang IKONIK . Anda pasti teruja dengan keunikan dan keseronokan booth ini!
Melalui kempen ini, mesej yang ingin dibawa adalah tentang mencintai diri sendiri ‘SELF-LOVE’ dan kecantikan dari dalam ‘LOVE FROM INNER BEAUTY’.
Menurut Wawa Zainal, “Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka. Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda.” Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, “Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari anda lebih ceria dan penuh warna.”
Cara pembeliannya adalah setiap pembelian 2 minuman dari siri Apple Fantasy di outlet Coolblog terpilih akan memberi anda peluang untuk mendapatkan item terlaris iaitu WAWA Butter Liptint dengan packaging eksklusif. Selain itu, melalui Touch 'n Go Coolblog Mini App, setiap pembelian Apple Fantasy juga memberi anda peluang untuk memenangi set hadiah eksklusif yang merupakan produk kecantikan dari Wawa yang bernilai RM200.
Menurut Sueli Lew, CEO Coolblog, "Maklum balas daripada pelanggan sangat menggalakkan mengenai kolaborasi ini. Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini."
Comments
Post a Comment