GABUNGAN ARTIS INDIE TANAH AIR GEGARKAN PEMINAT DI “GIG MAT MOTOR”
Subang Jaya – Buat julung kalinya himpunan lebih 10 artis-artis indie tanah air akan berhimpun bagi menghiburkan peminat-peminat tempatan di dalam sebuah acara “Gig Mat Motor” yang mana ia akan berlangsung selama 2 hari bertempat di MVP by Mivas @ One City bermula hari Sabtu, 20 Julai 2024 sehingga Ahad, 21 Julai 2024.
Acara ini bukan hanya semata-mata hiburan gig tetapi ia adalah satu acara yang bermula seawal 11:00 pagi dengan aktiviti “battle of the band” yang mana lebih 10 kumpulan akan bertarung dengan membawa satu buah lagu pilihan penganjur dan satu lagu pilihan Kumpulan masing-masing dengan tawaran hadiah lumayan untuk dimenangi. Acara “Gig Mat Motor” ini juga selaras dengan tema “Mat Motor” bakal menghimpunkan lebih 200 motor-motor di dalam pameran motor “Night Showoff Motor Show” yang mana pertama kali diadakan pada waktu malam. Disamping itu, kelainan lain pada acara ini adalah ini perhimpunan peniaga-peniaga pencuci mulut yang juga akan bermula seawal 11 pagi sepanjang dua hari acara ini.
![]() |
Perhimpunan artis-artis indie tanah air ini terbahagi kepada dua hari dimana pada hari Sabtu, 20 Julai 2024 akan bermula dengan persembahan hebat dari OAG, Monosterio, Farasu, Armpunk Sindicate dan persembahan pembuka oleh Fictions yang mana acara akan bermula pada pukul 8:00 malam sehingga 11:00 malam.
Diikuti pada hari Ahad, 21 Julai 2024 akan dihiburkan oleh persembahan oleh Iqbal (Iqbal M), The Rudean, The Alif, Roncas dan Kapow yang mana pembukaan persembahan akan dilakukan oleh pemenang utama “Battle of The Band”.
Penganjur menganggarkan lebih 1500 penonton akan membanjiri acara “Gig Mat Motor” ini. Tiket telah mula dijual di laman sesawang www.omgmusicfestival.com dengan harga RM 30 untuk sehari atau RM 50 untuk dua hari acara ini
Lokasi acara ini yang dijalankan di MVP by Mivas @ One City ini terletak di East Boulevard, Jalan USJ 25/1A, One City, 47100 Subang Jaya Selangor adalah sebuah ruang acara yang berkonsepkan santai berbumbung seluas 4500 kaki persegi yang boleh memuatkan lebih 2000 orang. MVP by Mivas telah diolah menjadi kawasan berumput tiruan dengan paparan screen yang besar bersama system bunyi lengkap dan yang uniknya tempat ini mempunyai kipas heli yg besar yang mampu memberi keselesaan kepada mereka yang hadir dan sangat sesuai untuk dijadikan ruang acara konsert, keraimaian, pelancaran produk mahupun apa-apa acara yang berkonsep santai dan unik.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari laman social mereka di facebook/Instagram/tiktok : omgmusicfestival2023 atau hubungi di talian : +6019 2277 778 / +6011 2626 165
Comments
Post a Comment