Oleh: Norazni Ismail.
JOHOR BAHRU 26 JULAI 2024-Konsert
"Divas & Diamonds" yang menampilkan artis Malaysia dan Indonesia
menjadi antara program promosi "Road to Visit Johor 2026" dan
dijangka meningkatkan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini.
Konsert
anjuran Mega Eve Sdn Bhd yang membariskan penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk
Seri Rossa dan artis tempatan seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah
dan Joe Flizzow itu bakal berlangsung pada 7 Sept, 8.30 malam di Stadium Arena
Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton.
Pengarah
Tourism Johor Shahril Nizam berkata pihaknya yakin kehadiran artis ternama
dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong dari Indonesia,
Singapura, Brunei dan banyak lagi sekali gus meningkatkan sektor pelancongan
Johor.
"Kita
akan menuju ke 'Tahun Melawat Johor 2026' jadi tahun ini kita telah mulakan
gerakan (promosi) itu dan inisiatif konsert ini antara platform untuk
mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.
"Banyak
program promosi kita buat sebelum ini tetapi (konsert) ini satu daripada
program 'impact event' kerana melibatkan artis antarabangsa yang mempunyai
peminat tersendiri yang akan membawa penggemar ke sini selain program 'Johor
Majestic Festival' pada Ogos nanti," katanya pada sidang media Konsert
"Divas & Diamonds".
Sementara
itu, Pengarah Projek Aman Ali daripada Mega Eve berkata konsert itu akan
menjadi platform mempamerkan budaya tempatan di samping mempromosikan pelbagai
tempat daya tarikan Johor dan menggalakkan para pengunjung meneroka tarikan
negeri ini seperti makanan, pusat peranginan selain berhibur.Konsert ini juga bertujuan
untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke Johor, sekaligus
merancakkan sektor pelancongan negeri tersebut.
Sebagai tambahan, Tourism Johor juga sedang
menjalankan kempen untuk meraikan 100 tahun sejak pembinaan jambatan Koswe yang
menghubungkan Johor dan Singapura. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran ekonomi yang lancar bagi peniaga dan dari kedua-dua wilayah
tersebut.
Dengan memanfaatkan kelebihan daya saing dan
sumber yang ada, usaha ini diharap dapat merangsang pertumbuhan ekonomi bagi
Johor dan Singapura. Konsert ini juga merupakan platform untuk mempromosikan
budaya tempatan dan pelbagai tarikan di Johor, termasuk pelancongan kesihatan,
yang turut mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk Indonesia. Inisiatif
ini dijangka meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke Johor, terutamanya
menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Harga
tiket untuk menyaksikan konsert Divas & Diamonds bermula RM288 hingga
RM1,288 dan boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my.
Comments
Post a Comment