AZMI SAAT TAMPIL DENGAN SINGLE TERBARU "MAJNUN".



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 12 OGOS 2024- Setelah dua tahun tidak mengeluarkan karya, kini Azmi Saat membuat kemunculan semula bersama single terbaharu yang berjudul “Majnun”. Tercetus tanda tanya akan siapakah dia yang bernama Majnun? Pada siapakah single terbaharu ini ditujukkan dan apakah yang telah berlaku pada Azmi Saat sepanjang tempoh dua tahun lalu? 

Single terbaharu Azmi Saat, yang berjudul "Majnun" menceritakan tentang pahit yang harus ditelan oleh Majnun akan hati yang mencintai terhalang dari memiliki, hanya bayang dibuai mimpi kerana mencintai itu tidak semestinya perlu memiliki, dan tak semua yang dimiliki itu dicintai. Walaupun perit, namun itu adalah keindahan cinta yang sejati, rasa yang tersemat mati di dalam hati, selamanya. 


Berikut adalah perasaan yang di rasai oleh Azmi sepanjang penghasilan Majnun dimana beliau cuba sebaiknya untuk menyatu dengan perasaan dan emosi untuk menyampaikan sebuah penceritaan yang menambat sanubari pendengar.

Menurut pengurus besar MAPMUSIC, lagu Majnun ini mempunyai aura yang tersendiri dan juga Azmi Saat merupakan penyanyi yang paling sesuai untuk lagu ini kerana Azmi mempunyai kemahiran penjiwaan yang tinggi kerana beliau mampu menjiwai lagu berikut. Single Majnun oleh Azmi Saat akan dilancarkan pada 19 Julai ini pada jam 5 petang dan ianya mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.

Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Tunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music. 


Artist Show & Promotion: +6017 - 736 9896 (BOY) / +6016 - 609 6010 (MAPMUSIC) 

Email: boymapmusic@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan