ELLA, KUGIRAN MASDO, DAN EXISTS TAMPIL DI KONSERT 'A NIGHT TO REMEMBER' KEMBALI DENGAN TEMA ROCK NOSTALGIA.



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2024 – Konsert “A Night to Remember” bakal kembali untuk edisi kedua pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Konsert ini akan membawa peminat mengimbau kembali ke era kegemilangan rock tanah air.

Menampilkan ratu rock legenda Malaysia Ella, Kugiran Masdo, dan Exists, konsert ini menjanjikan malam yang penuh nostalgia dengan persembahan yang mengagumkan.  

Kugiran Masdo.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Exist.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Ella.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Pada konsert "A Night to Remember", peminat berpeluang menyanyi dan menari bersama lagu-lagu rock kegemaran mereka, dan mengimbau kembali kenangan indah zaman dahulu. Lebih istimewa, peminat boleh berpakaian seperti artis kegemaran mereka dan menyertai pertandingan di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.

David Emir Bareng, Ketua Eksekutif Co:Action Events Sdn Bhd, selaku penganjur konsert ini berkongsi, “A Night to Remember telah menjadi acara yang dinanti-nantikan di mana konsert ini menampilkan barisan artis hebat tanah air kepada para peminat di Johor, Singapura, dan Kepulauan Riau, Indonesia.

En David Emir Bareng (Ketua Eksekutif Co:Action Events Sdn Bhd) ketika memberikan ucapan.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Mengulas mengenai sokongan padu yang diberikan oleh pihak Tourism Johor, Pengarah Tourism Johor, Tuan Shahril Nizam Abdul Rahim berkata, "Konsert 'A Night to Remember' bukan sahaja memeriahkan industri hiburan, tetapi juga membantu mempromosikan Johor sebagai destinasi pilihan untuk acara-acara hiburan bertaraf antarabangsa. Kami bangga dapat menyokong inisiatif yang memperkukuhkan lagi kedudukan Johor sebagai hab kebudayaan, kesenian dan pelancongan di rantau ini."

Tiket persembahan telah mula dijual di www.ticket2u.com.my, dengan harga bermula serendah RM99 sehingga RM399.  

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67, manfaatkan tawaran istimewa kami: nikmati diskaun sebanyak 6.7% untuk setiap pembelian tiket dari RM169 dan ke atas. Tawaran sah sehingga 31 Ogos 2024.

Ketika majlis sidang media.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan