KONSERT ‘ADA AFGAN & LYODRA'-LIVE IN KUALA LUMPUR.


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2024 — Peminat muzik di Malaysia bakal dihiburkan oleh dua nama besar industri muzik Indonesia, Afgan dan Lyodra, dalam sebuah konsert epik yang berjudul ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada tarikh 28 September 2024 ini di Megastar Arena, KL, dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music (KM) bersama-sama jenama kosmetik popular tanah air ia tu Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace. Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, katanya, “Buat pertama kalinya di Malaysia, kami gandingkan dua penyanyi ‘top’ Indonesia dalam satu pentas buat tatapan khas penonton di Malaysia. idea disebalik penganjuran konsert ini terbit dari single duet Afgan dan Lyodra berjudul ‘Ada’ yang telah diluncurkan hampir setahun lalu dengan respon yang luar biasa dari pendengar. 


Pada malam konsert nanti, penonton bakal disajikan dengan hiburan tanpa henti yang berdurasi selama 2 jam 30 minit dengan 20 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama iringan 12 pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia, dan menariknya, Afgan dan Lyodra sendiri yang akan merencanakan koordinasi muziknya. 



“KM berharap penonton yang hadir dapat menyaksikan sendiri ‘sepasang’ bakat besar dari indonesia secara ‘live’, dan pastinya malam konsert nanti menjanjikan persembahan dan paduan suara yang memukau. 

Buat tahun 2024, KM sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga  Singapura pada tahun hadapan.



Tiket-tiket ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 10 Julai 2024 lalu di laman web www.ticket2u com my/afgantyodra dan beberapa kategori tiket seperti VVIP dan VIP sudah habis terjual dalam masa beberapa hari sahaja, manakala kategon tiket lain masih lagi ada tetapi dalam kuantiti yang terhad: 

Pesan Terakhir (RM258), Escape (RM338), Sang Dewi (RM4S8), Panah Asmara (RM488)

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan