Netherlands Maritime University College adakan persidangan antarabangsa.
PUTRAJAYA 03 Septembar 2024- Netherlands Maritime University College (NMUC), dengan kerjasama Port Training Institute ( PTl) of the Arab Academy for Science, Technology & Maritime Transport (AASTMT) STC International, serta dianjurkan bersama oleh MY Iskandar Sdn Bhd (MISB) dan Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT), dengan sukacitanya mengumumkan International Conference on Maritime Logistics and Ports (ICMLP) 2024, yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 5 September 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Persidangan ICMLP 2024 menekankan kepentingan logistik maritim yang cekap, mampan dan berdaya saing dalam memacu perdagangan global, pertumbuhan ekonomi dan kesalinghubungan pasaran. Antara majlis kemuncak persidangan ini adalah majlis makan malam ‘Networking Dinner’ dan pelayaran istimewa menaiki ‘Cruise’ mengelilingi Tasik Putrajaya dimana ia mampu mewujudkan suasana baru yang menggabungkan aspek santai dan professional dalam usaha membina kerjasama baharu serta menerokai peluang kolaboratif dalam kalangan pemimpin industri.
Dengan keberlangsungan persidangan dan pameran ini, peserta berpeluang untuk berinteraksi bersama syarikat-syarikat berkepentingan utama dan pemimpin industri dalam mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka agar dapat menempatkan diri dihadapan kemajuan industri. Kami menyeru kepada semua pihak yang berminat agar tidak melepaskan peluang berharga ini untuk turut sama menyertai bersama kami dari tarikh 3 hingga 5 September 2024 dalam kupasan penting mengenai inovasi dan integrasi dalam logistik maritim dan pelabuhan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web icmlp.nmuc.edu.my
Comments
Post a Comment