Rabbani, Mawi, Hafiz Hamidun, Khai Bahar dan Inteam bakal jayakan KONSERT 5 RUKUN 2.0.


Oleh: Norazni Ismail.

SHAH ALAM, 25 September 2024- Usaha untuk melestarikan hiburan dakwah agar ia terus menjadi medium penting untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu islam, meningkatkan keimanan serta keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini tidak akan pernah berhenti. 

Sehubungan itu, KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) yang menghimpunkan lima artis terkemuka tanah air iaitu Rabbani, Mawi, Hafiz Hamidun, Khai Bahar serta Inteam bakal diadakan di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2024, bermula jam 8 malam. 

Antara artis-artis yang hadir di majlis sidang media semalam.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Dianjurkan serta diterbitkan Mac Training Centre Sdn Bhd, KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) yang mendapat sokongan Persatuan Cinta Gaza Malaysia ini adalah kesinambungan daripada Konsert 5 Rukun yang pernah diadakan pada tahun lalu. 

Jika Konsert S Rukun berpaksikan konsep Lima Rukun Islam yang menjadi teras pegangan umat Islam di seluruh dunia, KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) pula menerapkan konsep sejarah perjuangan Rasulullah SAW, pemimpin Islam serta kita sebagai khalifah di bumi ini dalam menyampaikan serta menegakkan syiar Islam. 

Pengarah Urusan MAC Training Centre Sdn Bhd merangkap penerbit KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU), Puan Samirah Hambali berkata, biarpun menyedari bahawa terlalu banyak hiburan muzik sekular diadakan pada masa kini, namun pihaknya percaya bahawa hiburan dakwah masih mempunyai tempat di kalangan masyarakat kita. 

“Masih ramai lagi golongan yang dahagakan hiburan dakwah yang seumpama ini sebagai suatu terapi jiwa mereka khususnya yang amat meminati muzik serta lagu-lagu nasyid serta ketuhanan atau genre muzik vokal Islam.

“Penganjuran konsert ini adalah usaha kecil daripada pihak kami untuk berdakwah dengan berlandaskan kesederhanaan dan hikmah dalam menyampaikan mesej Islam dalam bentuk hiburan yang lebih bijaksana,” katanya lagi. 

Pengarah Urusan MAC Training Centre Sdn Bhd merangkap penerbit KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU), Puan Samirah Hambali.  Foto: Azuddin Ahmad Zin.

KONSERT S RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) yang dibahagikan kepada dua segmen akan dipersembahkan Rabbani, Mawi, Hafiz Hamidun, Khai Bahar dan Inteam melalui pemilihan lagu-lagu hebat dalam persembahan secara solo, secara duet serta nyanyian beramai-ramai sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin. 

Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga akan diiringi Orkestra Tradisional Kontemporari Uitm seramai 25 orang pemuzik serta dipimpin dua orang pengarah muzik iaitu Encik Radzali Mustaffa dan Encik Kamrul Bahri. 

KONSERT 5 RUKUN 2.0 (PERJUANGANMU) juga turut dibantu rakan strategik, Cinta Gaza Malaysia serta Kolej Pengajian Seni Kreatif Univesiti Teknologi MARA (UiTM), lokasi (venue) rasmi, RCD Big Studio, rakan radio, Zayan 104.9 FM, tiket rasmi, Ubertickets.Asia, penaja makanan rasmi, Sidah Catering Services (M) Sdn Bhd serta rakan penaja lain iaitu Ali Maju dan Inteam Marketing. 

Tiket berharga RM35S0 (Zone A), RM238 (Zone B), RM117 (Zone C) dan RMS90 (Zone D) boleh didapati menerusi pautan : httes: Srukun2seruan:anmu.ubertickets.asia dan. 

RM5 daripada setiap jualan tiket akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia dan diskaun sebanyak 20 peratus turut diberikan kepada pembeli tiket berkelompok dan pelajar. Tiket sudah pun mula dijual pada 13 Sept 2024.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan