SINGLE TERBARU “DETAK CINTA” TARUHAN ADAM MATIIN

 



Oleh: Norazni Ismail.

10hb September 2024- Cyberjaya- Single terbaru Adam Matiin berjudul Detak Cinta adalah ciptaan sepenuhnya Nordin. Susunan muzik oleh Alan Monosterio dan sesi rakaman dijalankan di Studio Asia Empire Records Malaysia. Adunan Anep Monosterio.

Adam Matiin  bersama Anep Monosterio.


Sebelum ini Adam Matiin pernah hasilkan sebuah single berjudul HEY LADY pada tahun 2021. Setelah 3 tahun kini Adam kembali dengan single terbaru DETAK CINTA dengan konsep yang berbeza dan lebih matang. 

Adam adalah pelajar lepasan degree (Bachelor Of Music) Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kini bekerja di Singapura sebagai tenaga pengajar vokal di sebuah institut muzik. 

Adam mempunyai pengalaman luas didalam persembahan pentas dan turut menjuarai beberapa pertandingan nyanyian sehingga ke peringkat asia.

Adam ketika sesi temubual bersama media.


Berinspirasikan artis seperti Celine Dion dan Anuar Zain, muzik Adam jelas kecenderungan ke genre pop ballad , blues dan jazz. Walaubagaimana pun Adam tidak sama sekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru didalam pilihan jenis muzik. Dengan daya yang ada Adam akan terus berusaha untuk buktikan menjadi seorang penyanyi versatile. 

Anep bersama Adam ketika sesi temubual bersama media.


Ini adalah kali kedua bekerjasama dengan syarikat rakaman Asia Empire Record . Pada 6hb September 2024 Adam telah mengadakan showcase di Alor Setar dan berjaya menarik minat penonton dengan sangat luarbiasa. Ini adalah kali kedua Adam membuat mini showcase solo.

Adam berharap agar lagu dan karya beliau dapat diterima pendengar serta memberi ruang untuk sama sama memeriahkan industri muzik tanahair. Kini Adam dalam perangan untuk merakankan beberpa lagu terbaru dan mungkin akan hasilkan album pertama.

Adam ketika menjawab soalan yang diajukan oleh para media.



Kini Adam Matiin  menggunakan nama pentas yang baru.





Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan