TIGA IS3, gandingkan Adriana Adnan, Uyaina Arshad & Syamim Freida



Oleh: Norazni Ismail.

DAMANSARA 25 SEPTEMBER 2024- Mengambil pendekatan berhibur tetapi dalam masa yang sama menyajikan banyak input menarik dalam kehidupan seharian merupakan antara intipati penting yang terkandung dalam program Tiga Is3- sebuah rancangan baharu yang menggabungkan tiga personaliti popular tanah air.

Adriana Adnan, Uyaina Arshad dan Syamim Freida buat julung kalinya bergabung dalam Tiga Is3 berkongsi banyak kisah menarik terutama kisah rumah tangga dan kehidupan seharian dalam mendepani situasi semasa yang semakin mencabar.

Kebanyakan topik yang dikupas tidak hanya tertumpu kepada isu semasa tetapi lebih kepada isu rumah tangga, perkahwinan muda dan beberapa topik penting memandangkan mereka bertiga berstatus seorang isteri.

Mengambil idea dan pendekatan seperti rancangan 3R yang pernah popular sekitar tahun 2000, Adriana menyifatkan Tiga Is3 sebagai wadah utama untuk mereka berkongsi pengalaman dan cabaran dalam melayari kehidupan seharian.

“Ketiga-tiga kami berstatus isteri dan pastinya semua pihak ada cabaran dan kisah tersendiri yang sudah dilalui. Jadi kami gunakan Tiga Is3 ini sebagai medium untuk berkongsi cerita agar dapat dijadikan panduan oleh mereka di luar sana.

“Apa yang pasti ia bukan sebuah program kompleks dan serius. Semuanya dilakukan secara santai tetapi penuh manfaat yang boleh dijadikan panduan untuk semua,” kata Adriana.


Tidak sekadar berkongsi cerita, Tiga Is3 yang diambil daripada frasa tiga isteri ini turut memuatkan segmen cabaran dan denda yang perlu dilalui apabila kalah.

Mereka diberikan cabaran seperti perlu membeli barang dengan sejumlah wang di sebuah pasar basah dan yang gagal akan didenda seperti perlu mencuci motosikal- sesuatu yang jarang dilakukan oleh golongan wanita.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan