A.C.A.B bakal mengadakan konsert terakhir sempena ulang tahun Ke-30 di Kuala Lumpur.



Oleh: Norazni Ismail.

DAMANSARA PERDANA 22 OKTOBER 2024- Kumpulan punk rock tempatan, A.C.A.B, bakal mengadakan konsert terakhir mereka bertajuk "Bring Back The Bootboys" di Zepp Kuala Lumpur pada 21 Disember 2024. Konsert ini merupakan kemuncak sambutan ulang tahun ke-30 kumpulan tersebut dalam industri muzik tempatan.

Lebih menarik, konsert ini turut menampilkan tetamu istimewa dari Kesatuan Eropah iaitu kumpulan Hammered, yang terkenal dengan genre Skinhead Rock 'n' Roll mereka. Persembahan yang dijadualkan bermula pada jam 7.45 malam ini dijangka akan memukau peminat dengan gabungan muzik punk rock yang bertenaga.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert bersejarah ini melalui laman web www.myticketempire.com. Konsert ini dianjurkan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Dreamcatcher Records sebagai penyokong utama dan Ticket Empire sebagai rakan kongsi ticketing rasmi.


"Bring Back The Bootboys" bukan sekadar konsert biasa, tetapi merupakan satu penghormatan kepada perjalanan tiga dekad ACAB dalam pembentukan landskap muzik punk rock di Malaysia. Ia juga menjadi platform terakhir untuk peminat menghayati persembahan langsung kumpulan ini sebelum mereka mengundur diri dari pentas muzik.

Lokasi konsert di Zepp Kuala Lumpur, yang terkenal dengan sistem bunyi dan pencahayaan bertaraf dunia, pastinya akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para penonton yang hadir.

30 tahun mengangkat martabat muzik underground tempatan. Legasi dan impak berpanjangan. Menyatukan crowd muzik bebas di mana-mana show. Ini adalah antara pelbagai pencapaian oleh peneraju sound Eastern Oi!, iaitu A.C.A.B, membuktikan mereka sebagai Godfather of Malaysian Oi!.

Perjalanan mereka yang dipenuhi kenangan pahit manis bermula sebagai sebuah band kecil Oi! dari Kuala Lumpur, hinggalah kepada bereksperimen dengan Heavy Metal dan Indie Rock, A.C.A.B bukan sekadar menjadi inspirasi kepada band-band segenerasi mereka, tetapi turut mempengaruhi band-band di luar Malaysia.

Legenda Oi! ini akan menemui titik noktahnya pada Disember ini. Namun, A.C.A.B akan meraikannya dengan persembahan pentas terakhir serentak dengan 30 tahun kewujudan mereka berjudul Bring Back The Bootboys selama 3 jam di Zepp KL pada 21 Disember 2024, 7.45 malam, anjuran A.C.A.B Productions.


Persembahan terakhir A.C.A.B akan diwarnai dengan penampilan original line-up semasa awal penubuhan dan line-up terkini di samping beberapa bekas anggota A.C.A.B. Turut mengiringi perjalanan terakhir mereka adalah band pembuka, Haymaker diterbangkan dari Eropah yang pernah mempopularkan versi cover ‘Skinhead 4 Life’ di luar negara.

Dengan line-up yang lengkap merangkumi sepanjang kewujudan mereka, A.C.A.B menjanjikan setlist yang merangkumi 37 lagu daripada terbitan Demo ‘95, single-single We Are The Skins dan Streets Of Uptown, EP Unite & Fight dan Anti-Racist, album Eastern Oi!, Skinhead 4 Life dan Bangun, serta Demonstration ‘95 Revisited (mini album 2020) semuanya dalam lagu penuh dan medley untuk persembahan 21 Disember 2024.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan