IBIS KUALA LUMPUR CITY CENTRE mempersembahkan "MALAYSIAN DELIGHTS: SPICE SYMPHONY" sempena sambutan Deepavali.

Chef Kavi yang didatangkan khas dari Ibis Chennai, India untuk promosi "MALAYSIAN DELIGHTS: SPICE SYMPHONY" ini.
Oleh: Norazni Ismail.

KUALAL LUMPUR 24 OKTOBER 2024- Ibis Kuala Lumpur City Centre dengan sukacitanya mengumumkan promosi bufet istimewa "Malaysian Delights: Spice Symphony" di Kampung Kitchen yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2024. Promosi ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang memukau dengan hidangan kampung yang autentik.

Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang disediakan oleh barisan chef yang berkemahiran tinggi. Pada hari biasa, bufet makan tengah hari dan makan malam ditawarkan pada harga RM59 nett untuk dewasa dan RM49 nett untuk kanak-kanak. Manakala pada hujung minggu dan cuti umum, bufet makan tengah hari dan makan malam ditawarkan pada harga RM79 nett untuk dewasa dan RM59 nett untuk kanak-kanak. Harga kanak-kanak adalah untuk umur 6 hingga 12 tahun.


Waktu operasi bufet pada hari biasa adalah dari 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang untuk sesi makan tengah hari, dan 6:00 petang hingga 10:00 malam untuk sesi makan malam. Pada hujung minggu dan cuti umum, sesi makan tengah hari dilanjutkan sehingga 4:00 petang dengan penambahan hidangan hi-tea.

Istimewa untuk promosi kali ini, Kampung Kitchen akan menyajikan persembahan busker yang menarik dan menawarkan tempat letak kereta percuma untuk semua tetamu yang menjamu selera. Tetamu hotel dan ahli kelab akan menerima diskaun tambahan sebanyak 10%. Lebih mengujakan, Chef Kavi dari Ibis Chennai City Centre akan hadir sebagai chef jemputan khas dari 21 hingga 31 Oktober 2024.

Antara menu-menu yang disediakan: NASI KUKUS, KARI VIRUNTHU (ISTIMEWA SELATAN BUKAN VEGETARIAN), NASI BERIANI AYAM AMBUR, GORENG LADA DAGING KAMBING, MASALA HATI AYAM, GORENG IKAN TAWA, KARI AYAM DRUMSTICK KAMPUNG, ROTI PARATHA MALABAR, PACHADI BAWANG, JERUK/ACAR, APALLAM (sejenis keropok India) dan KESARI (sejenis manisan/pencuci mulut India).






Semua hidangan yang disajikan adalah halal dan disediakan mengikut piawaian yang ketat. Kampung Kitchen yang terletak di Aras 10, Ibis Kuala Lumpur City Centre menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan sambil para tetamu menikmati hidangan mereka.



Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi +60 3-2778 3388 atau WhatsApp ke +601-2668 9929. Bagi tempahan berkumpulan, sila hubungi +601-2668 9970 atau emel ke sales.fb@ibisklcc.com. Maklumat lanjut boleh didapati di www.kampungkitchen.com.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan