Interprestasi Muzik Cara Yaph dan Teman-Teman.
Oleh: Nazrul
SHAH ALAM 27 OKTOBER 2024- Yaph yang juga kata singkatan kepada Yang Aku Panggil Hidup akhirnya mampu menarik nafas lega apabila berjaya mengekspresikan lagu dan muzik menerusi konsert yang telah berlangsung di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor pada 26 Oktober lalu.
Konsert anjuran Silent Set
Entertainment itu bukan sahaja menyaksikan persembahan berenergi daripada Yaph
tetapi turut ‘mengheret’ 17 rakan artis yang membawakan jalur muzik yang sama,
iaitu Hip Hop bersamanya.
Ternyata penampilan San, Alkamu,
Azamrhadio, XBai,Benzooloo, B-Heart, bun D, EmmJay, Fahmi Anuar, Fezral, Karmal,
K-Main, Kmy kmo, Mortal, Qyo, Rxf Rhaled dan Alun Tradisi di atas sebuah pentas
memberikan pelbagai warna dalam jalur muzik Hip Hop ‘underground’ yang punya
ramai fanatikanya meskipun kurang mendapat publisiti media arus perdana.
Konsert Yaph dan Teman Teman bukan
dilihat bukan hanya sebuah konsert Hip Hop tetapi turut merangsang ‘jiwa’
dengan elemen muzik tradisional yang disenyawakan bersama nuasa rap.
Tirai konsert dibuka dengan tenang
sekitar jam 8.30 malam, membawa khalayak dengan lagu Syair (EmmJay), Terunggul (Bunyi.FX), Adigung dan Buana (EmmJay). Setiap melodi dan lirik bergantian
disampaikan dengan penuh emosi mengikut cara masing-masing.
Seluruh dewan semakin panas dengan asakan lrik-lirik yang membuai perasaan apatah lagi jika ianya disampaikan dengan jiwa yang ikhlas namun terselit rasa amarah. Tidak terhenti disitu penonton disajikan dengan Laggar Lari (BUN D), Ada Hantu (QYO), Lu wa Luar (KARMAL) dan Sofea ($AN).
Ini bukanlah persembahan pertama Yaph, dia pernah beraksi secara
solo dalam 2 buah ‘gigs’ yang dianjurkan sebelum ini. Justeru itu tidak hairanlah mengapa dia
begitu yakin dengan konsert Yaph dan Teman Teman. Seleksi lagu-lagu dipersembahkan seperti Ingkar ft. EmmJay,
Gurindam Dendam ft. EmmJay dan Penawalara ft. EmmJay.
Dalam Hip Hop juga terselit rasa patriotik yang memberikan rasa
cinta kepada tanah air. Maka dengan itu
terciptalah lagu-lagu seperti Risiko ft. ALKAMU Golok ft. K-Main & Rxf
Rhaled METO ft. Wargaswara Zaman Merdeka ft. Mortal, Rxf Rhaled, Fahmi Anuar
& EmmJay Tanah Merdeka ft. AzamRhadio, EmmJay & Kmy Kmo.
Janji Yaph sewaktu sidang media sebelum ini telah dilunaskan
dimana beliau akan menerapkan elemen tradisional
bersama hip hop sebagai satu keunikan konsertnya. Lebih 27 lagu menggabungkan
irama hip hop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia.
Tanpa pengarah muzik
muda, Aliff Redza bersama 16 orang pemuzik profesional dan pemuzik tradisional
mungkin konsert itu tiada serinya apatah lagi dengan sokongan dan dana dari Kementerian Komunikasi Malaysia dan
MyCreative Venture Sdn Bhd mungkin konsert Yaph dan Teman Teman mungkin tidak
dapat dirialisasikan.
Inilah cara Yaph dan Teman Teman
Mengekspresikan Hip Hop dengan cara mereka sendiri.
Terima Kasih!
ReplyDelete