Konsert Dato Jamal Abdillah "Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura" bakal menjadi medan nostalgia.
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 30 OKTOBER 2024- Konsert Dato Jamal Abdillah "Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura" bakal menjadi medan nostalgia yang menggemparkan di era baharu apabila ikon muzik tanah air ini kembali ke pentas pada 15 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur
Para peminat muzik tanah air akan berpeluang untuk menghayati persembahan istimewa daripada ikon rock legenda Malaysia dalam "Konsert Jamal: Abdillah Sandarkan Pada Kenangan".
Konsert solo ini merupakan hasil usaha sama di antara NJ Resources dan Live Injection, yang akan membawakan persembahan eksklusif bermula jam 8 malam. Jamal Abdillah, yang terkenal dengan gelaran "Raja Pop Malaysia", akan membawa peminatnya dalam perjalanan nostalgia melalui koleksi lagu-lagu hitnya yang tidak lekang dek panas.
Antara lagu yang pasti dinantikan adalah "Sandarkan Pada Kenangan" dan "Mencari Azura", dua karya agung yang telah mengangkat nama Dato Jamal Abdillah ke mercu industri. Gabungan aransemen muzik moden dengan sentuhan klasik akan memberi dimensi baharu kepada lagu-lagu yang telah menemani peminat sejak berdekad lamanya.
“Harapan saya peminat yang tahu mengenai penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura di Zepp Kuala Lumpur, 15 Februari 2025datang beramai-ramai ke konsert ini.“Kenapa kena hadir? Kerana ia akan menjadi sebuah kenangan terbaik yang akan diberi lalu dinikmati bersama-sama pada awal tahun 2025 nanti,” ujar Jamal Abdillah.
Penganjuran konsert ini telah mendapat sokongan padu daripada beberapa rakan strategik termasuk Ruema sebagai penaja lokasi, dan ticket2u sebagai rakan tiket rasmi. Zepp Kuala Lumpur yang terkenal dengan sistem audio dan pencahayaan bertaraf antarabangsa akan menjadi lokasi yang sempurna untuk menghadirkan pengalaman konsert yang mengujakan.
Para peminat yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tiket melalui laman web rasmi www.live-injection.com. Konsert ini dijangka akan menjadi satu platform untuk para peminat mengenang kembali zaman kegemilangan muzik popular Malaysia, sambil menyaksikan persembahan live daripada salah seorang ikon muzik negara yang masih terus relevan hingga ke hari ini.
Comments
Post a Comment