Konsert MEGA HITZ Vol. 1: All Killer, No Filler mengangkat konsep "3 Dekad, 3 Era".
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa konsert "MEGA HITZ Vol. 1: All Killer, No Filler" akan berlangsung pada 25 Januari 2025 di ZEPP Kuala Lumpur. Konsert ini menampilkan sembilan artis terkenal Malaysia yang akan membawakan 22 lagu hit dari tiga era berbeza.
Para penonton berpeluang untuk menghayati persembahan lagu-lagu popular termasuk "Azura", "Mahligai Syahdu", dan banyak lagi hits yang telah mewarnai industri muzik tanah air. Konsert ini menjanjikan pengalaman nostalgia yang unik dengan menggabungkan bakat-bakat veteran industri muzik Malaysia dalam satu pentas.
Format persembahan yang mengangkat konsep "3 Dekad, 3 Era" ini akan membawa penonton menjelajah ke zaman kegemilangan muzik Melayu melalui persembahan langsung yang dijangka akan memukau. Para peminat boleh mendapatkan tiket melalui laman web MyTicketEmpire.com.
Penganjur konsert yang juga Pengasas dan Pengarah Pentas 365 Events Afiezan Shah Mohd Zahari berkata, gabungan kesemua artis dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan industri muzik Malaysia.
“Konsert ini bukan sahaja untuk meraikan artis-artis lagenda, tetapi juga untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan industri muzik Malaysia. Setiap penyanyi dalam barisan ini sudah meninggalkan impak yang luar biasa, dan kami teruja untuk memberikan satu malam yang penuh dengan kenangan dan muzik berkualiti tinggi.
"Malah, karya setiap penyanyi yang terbabit dalam barisan konsert ini juga berjaya menyentuh hati ramai pendengar. Mereka bukan sekadar penyanyi, tetapi adalah ikon yang mencerminkan seni muzik dan budaya masyarakat kita.
“Kami sangat teruja dan bersemangat untuk menawarkan kepada penonton satu pengalaman yang penuh dengan kenangan manis serta nostalgia. Nantikan persembahan yang menjanjikan muzik berkualiti tinggi, di mana lagu-lagu hits daripada setiap artis tersohor akan diperdengarkan, membawa kembali memori indah untuk semua yang hadir.
“Kami berharap konsert ini akan menjadi satu perayaan yang tidak boleh dilupakan, di mana meriahnya muzik akan menghimpunkan peminat-peminat yang sudi bersama untuk meraikan perjalanan indah industri muzik Malaysia serta menghargai bakat-bakat yang terbukti hebat ini," katanya.
Konsert ini adalah usaha sama pelbagai pihak termasuk beberapa penaja utama yang komited dalam mengangkat industri hiburan tempatan. Ia merupakan platform yang menyatukan peminat muzik dari pelbagai generasi untuk sama-sama menghayati warisan muzik Malaysia.
Orang ramai dijemput untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan epik ini yang menggabungkan kepakaran dan bakat artis-artis lagenda tempatan dalam satu malam yang dijangka akan menjadi kemuncak kalendar hiburan 2025.
Tiket bagi menyaksikan konsert ini sudah mula dijual sejak 29 September lalu dan boleh didapati menerusi www.myticketempire.com. Maklumat tiket juga boleh diperolehi dengan melayari Instagram rasmi MEGAHITZ @pentas365.
Comments
Post a Comment