12 Legenda Seni Bersatu dalam "Malam Silaturahim" di WTC Kuala Lumpur



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2024- HS Event & Entertainment Sdn. Bhd akan menganjurkan Malam Silaturahim, sebuah acara eksklusif yang bakal menghimpunkan 12 lagenda seni tanah air dalam satu malam penuh nostalgia. Acara istimewa ini akan diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) pada 25 Disember 2024 8.00 malam.

Penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, menekankan bahawa objektif utama acara ini adalah untuk merapatkan hubungan antara penggiat seni sambil menghargai jasa mereka. Acara ini bukan sekadar perayaan, malah menjadi platform untuk membantu seniman yang kurang bernasib baik.

"Inilah kelainan yang dibuat oleh kami. Selalunya sumbangan daripadabeberapa pihak ini diberikan menjelang puasa dan Hari Raya. Jadi kami cuba ubah tradisi itu"..kata Datin Hjh Rosmariza.

Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar (Penganjur program)

Sebanyak 20 orang penerima sumbangan telah dikenal pasti, termasuk beberapa nama besar dalam industri seni seperti Syah Nizam Ahmad Shamsi (Along Jinbara), Salim Ibrahim (Dr. Sam) dan Muhammad Yunus Abdul Rashid (Ebby Yus). Sumbangan khas berupa wang tunai akan disalurkan melalui kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Antara artis terkenal yang bakal tampil pada malam itu termasuk Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin. Acara ini turut akan mengiktiraf individu penting seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri yang pernah menjadi tulang belakang kejayaan industri seni.

Tiket konsert Malam Silaturahim bermula serendah RM150.00 dan boleh didapati mulai 27 November 2024. Dewan Merdeka yang dipilih mampu menampung sehingga 1500 penonton, manakala majlis makan malam akan diadakan di aras bawah sebelum konsert bermula.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, HS Event & Entertainment turut menyalurkan sumbangan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kurang bernasib baik. Penganjur bekerjasama dengan dua persatuan seni iaitu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi mengenal pasti ahli-ahli penggiat seni yang kurang bernasib baik. 





Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, pihak penganjur menyediakan beberapa nombor hubungan: Ain (012-9721125), Wani (018-2404367) atau Syafik (014-9402091).

Acara ini merupakan sebahagian daripada komitmen HS Event & Entertainment untuk terus menyokong industri seni dan memberikan impak positif kepada komuniti seni tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan