Cromok Bakal Uji "Elektronik Drum" Di Konsert The Real Cromok Disember Ini
Oleh: Nazrul.
KUALA LUMPUR 07 NOVEMBER 2024- Lebih tiga dekad dalam industri
muzik, kumpulan 'thrash metal', Cromok akan terus beraksi di pentas konsert
selagi masih ada tawaran.
Biarpun tinggal dua anggota
asal, Sam dan Karl selepas Allahyarham Miji meninggal dunia Mac lalu, Cromok
masih teguh meneruskan perjuangan apabila kembali dengan Konsert The Real
Cromok.
Konsert anjuran Pointlink Ventures yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember
itu turut menampilkan dua pemain gitar lagenda, Hillary Ang dan Man Kidal.
Cromok yang turut dibarisi Apis
Cropox (dram), Shah Sidious (gitar) dan Archer (kibord) kini sedang giat
menjalani latihan demi memperkukuhkan lagi kualiti muzik yang bakal
dipersembahkan nanti.
“Buat masa kini persediaan kami
sudah 70 peratus, meskipun begitu masih banyak lagi ruang-ruang’ yang cuba kami
penuhi dan penambahbaikan di beberapa ‘part’ untuk menjaga kualiti persembahan
dan muzik pada masa konsert itu nanti”, ujar Karl sewaktu temubual eksklusif
baru-baru ini.
![]() |
Karl semasa sesi latihan di studio. |
Apis yang bertanggungjawab menggalas tugas sebagai pemain dram yang menggantikan arwah Miji turut senada dengan Karl malah mengakui bukan mudah untuk mendapatkan ‘sound’ dan ‘semangat’ Miji.
“Meskipun sudah 70 peratus
persiapan, bukan mudah untuk terus rasa perfect. Justeru itu latihan giat akan diteruskan
apatah lagi buat pertama kali beraksi dengan drum elektronik tajaan Sudoku
Drums & Keyboards”, ujar Apis
“InshaAllah saya akan berikan
komitmen sebaik mungkin dan kalua boleh cuba untuk ‘mengeluarkan’ sound yang
sama sepertimana yang dilakukan oleh arwah Miji. Meskipun tidak seiras tone Miji,
sekurang-kurangnya ianya mirip pun sudah memadai”, katanya.
Dia juga turut mengakui bukan
mudah untuk mengendalikan dram elektronik berbanding dram ‘fizikal’, namun akan
berusaha untuk memberikan yang terbaik kerana konsert ini juga merupakan
konsert ‘tribute’ untuk arwah Miji.
![]() |
Apis semasa sesi latihan di studio. |
Karl berkata, Konsert The Real
Cromok adalah tribute buat Allahyarham Miji dan seorang lagi bekas pengasas
kumpulan, Allahyarham Din yang meninggal dunia pada 1997.
Selain tribute, kata Karl,
konsert kali ini bakal menyorot sejarah perjalanan Cromok yang ditubuhkan
ketika menyambung pengajian di University of Wollongong, Australia.
Cromok akan
mempersembahkan 24 lagu yang membawa kejayaan kepada mereka, selain menampilkan
beberapa lagu baharu buat kali pertama.
![]() |
Cromok sesama sesi tembual bersama media. |
Konsert The Real Cromok yang mendapat sokongan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd itu turut mendapat penajaan dari Sudoku Drums & Keyboards, JL Guitars, The Guitar Store, Cort Guitars, NEO In-Ear Monitors, HOT Kambing dan Gama Rock House.
Pembelian tiket untuk konsert
boleh dibuat menerusi www.therealcromok.com atau hubungi 01113297822.
Comments
Post a Comment