EZAD LAZIM MEMBAWAKAN SEMULA "RINDU HATIKU RINDU"
Oleh: Norazni Ismail.
Penyanyi veteran Ezad Lazim telah merakamkan semula lagu viral "Rindu Hatiku Rindu" yang asalnya dipopularkan oleh penyanyi cilik Tantari. Lagu ciptaan Eddie Hamid dengan lirik oleh Jaju dan Hakim Hakimi ini kini diberi nafas baharu melalui interpretasi Ezad yang matang dan berkepribadian.
Versi asal lagu ini yang dinyanyikan oleh Tantari (Naufal Azahel Mohd Alfian) ketika berusia 6 tahun telah mencapai kejayaan memberangsangkan, termasuk kedudukan #1 Trending di YouTube selama 20 hari berturut-turut dengan lebih 9 juta tontonan.
"Peluang merakamkan semula lagu ini merupakan satu penghormatan," kata Ezad, yang menekankan bahawa proses rakaman dilakukan dengan teliti untuk mengekalkan elemen asal sambil disesuaikan dengan persembahan penyanyi dewasa.
Ezad Lazim terkenal sebagai bekas vokalis kumpulan Exists dengan hits seperti "Jesnita" dan "Alasanmu". Sebagai artis solo, beliau telah menghasilkan lagu-lagu popular termasuk "Demi Cinta" dan "Percintaan Ini".
Single terbaru beliau ini boleh didengari di semua platform penstriman muzik. Video lirik rasmi yang dilancarkan pada 18 September 2024 telah mencapai kedudukan Top 20 trending di YouTube. Video muzik rasmi akan ditayangkan di saluran YouTube 'Nova Music Videos' pada 8 November 2024, jam 3 petang.
Comments
Post a Comment