KUALA LUMPUR TUAN RUMAH DUA PERSIDANGAN MODEL PBB BELIA ASIA TERKEMUKA



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 06 NOVEMBER 2024- Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur hari ini menjadi pentas pengumuman dua acara berprestij dalam kalendar kepimpinan belia Asia - Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) 2025 dan Asia World Model United Nations (AWMUN) 2025.

Kedua-dua persidangan yang bertemakan "Inspiring Young Leaders" ini merupakan hasil kerjasama strategik antara International Global Network, RedCloud, dan Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur. AYIMUN akan berlangsung dari 17 hingga 20 Januari 2025, manakala AWMUN dijadualkan pada 14 hingga 17 Februari 2025.

"Pemilihan Kuala Lumpur sebagai destinasi penganjuran kedua-dua persidangan antarabangsa ini membuktikan keyakinan global terhadap Malaysia sebagai hab serantau untuk pembangunan kepimpinan belia," kata En Muhammad Fahrizal (Presiden International Global Network).

En Muhammad Fahrizal (Presiden International Global Network) ketika memberikan ucapan.


Program simulasi PBB ini akan memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran diplomasi dan rundingan antarabangsa, sambil meningkatkan pemahaman mereka terhadap isu-isu global kontemporari. Para peserta akan dapat membina rangkaian perhubungan yang kukuh dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia, di samping mempelajari proses pembuatan dasar dan penggubalan resolusi PBB secara langsung.

Dalam program ini, peserta akan memainkan peranan sebagai diplomat mewakili negara-negara anggota PBB dalam sesi perbahasan dan rundingan. Pengalaman berharga ini bertujuan melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berkemahiran tinggi dalam diplomasi antarabangsa dan penyelesaian konflik.

"Penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini turut memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pendidikan dan persidangan yang unggul di rantau Asia," tambah Ms Tricia Loh (Pengarah Pengarah Pembangunan Perniagaan & Pasaran Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur).

Mrs Tricia Loh (Pengarah Pembangunan Perniagaan & Pasaran Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur) ketika memberikan ucapan.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan program boleh didapati di  https://internationalglobalnetwork.com/

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA