MONOSTERIO BAKAL HADIR DENGAN SINGLE KEDUA "SANG LARA"
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR, 07 November 2024- Monosterio, sebuah band alternatif art rock tempatan, kini hadir dengan single kedua mereka berjudul "Sang Lara".
Monosterio terdiri daripada Izan (vokal), Anep (drum), dan Alan (gitar). Kumpulan ini baru-baru ini melakukan penjenamaan semula awal tahun 2023 yang lalu.
Monosterio bergerak secara bebas tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman, manakala Asia Empire Record adalah pengedar rasmi mereka.
"Sang Lara" menonjolkan konsep alternatif pop yang lebih sesuai untuk pendengar umum, berbeza dengan single sulung mereka "Monofonik" yang lebih menonjolkan identiti Monosterio sebagai sebuah band alternatif art rock yang lebih bertenaga.
Menurut Izan, vokalis Monosterio, lagu "Sang Lara" mengisahkan perjalanan kisah percintaan yang akhirnya terpaksa dikorbankan, dan si lelaki mencipta sebuah lagu untuk dijadikan tanda sejarah perjalanan kisah percintaan mereka.
"Kami berharap agar lagu ini dapat mendapat tempat di hati pendengar dan sama-sama memeriahkan industri muzik tanah air," ujar Izan.
Monosterio kini dalam proses menyiapkan album penuh yang akan berada di pasaran pada tahun 2025 dalam bentuk cakera padat beserta barangan eksklusif lain seperti kemeja T, stiker, poster dan lain-lain.
Segala proses penulisan lagu, rakaman, mixing, dan mastering dilakukan sepenuhnya oleh Monosterio sendiri. Manakala lirik lagu "Sang Lara" ditulis oleh Alan dan Izan.
Muzik video rasmi "Sang Lara" diarahkan oleh Anep dan menampilkan seorang model bernama Lara sebagai watak utama.
Comments
Post a Comment