 |
Gamma, Gravity, dan RockapaK Band berharap konsert kali ini mendapat sambutan hebat. |
Oleh: Norazni Ismail.KUALA LUMPUR 29 NOVEMBER 2024- Selepas kejayaan Konsert Rock Kapak pada 07 Oktober 2023 yang lepas, Attah Music kembali menganjurkan Konsert Rock Kapak 2 yang bakal membangkitkan semula kenangan muzik rock era 1980-an. Konsert yang dijangka meriah ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 28 Disember 2024 di Panggung Asia, Kuala Lumpur.
Penonton akan dimeriahkan dengan persembahan beberapa band rock ternama tanah air termasuk Gamma, Gravity, dan RockapaK Band. Konsert kali ini turut menampilkan penampilan istimewa Amir SYJ/SOFEA dan Joe Rockers yang dijangka bakal membangkitkan nostalgia penggemar muzik rock.
 |
Blank Gamma. |
 |
Kumpulan Gravity. |
 |
Kumpulan Rock Kapak Band. |
Konsert kali ini tidak sekadar persembahan muzik, malah turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang ditaja oleh rakan korporat seperti 72 Guitar Hunters, Scorpions Bikers, Mentari Merah Entertainment, Rockstage Entertainment dan AR Travel and Tours. Pengunjung yang hadir dalam balutan busana rock terbaik berpeluang memenangi wang tunai, sijil dan cenderahati istimewa tajaan Pemburu Buah Group.
 |
Gitar untuk cabutan bertuah tajaan 72 Guitar Hunters. |
Menurut penganjur selaku penyanyi kumpulan Rockapak Band En Hatta, "dari segi penjualan tiket, kali ini kami menjual denagn cara fizikal tanpa melantik mana-mana ajen tiket kerana saya rasa peminat lebih suka meyimpan kertan tiket itu untuk kenangan mereka".. ujarnya.
Tiket konsert berharga RM100.00 seorang boleh didapati melalui beberapa saluran seperti MM (019-2407 994), Chip Malaya (019-694 7784), Epain (017-249 4273) dan Linda (019-233 3435). Penonton turut berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama artis sebelum dan selepas persembahan.
Konsert Rock Kapak 2 ini diharap dapat membangkitkan semula kenangan muzik rock yang pernah mendominasi industri muzik tanah air, sambil memberi pengalaman nostalgia yang menggembirakan kepada peminat muzik rock sejati.
 |
Kumpulan Gravity ketika membuat persembahan. |
 |
Kumpulan Rock Kapak Band ketika membuat persembahan.
|
 |
Blank Gamma ketika membuat persembahan.
|
Comments
Post a Comment