PENAMPILAN PERDANA PENUH MAKNA GHEA INDRAWARI DI MALAYSIA


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER 2024 - Dalam satu pengumuman yang dinanti-nantikan, penyanyi dan penulis lagu berbakat Ghea Indrawari akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan membawakan persembahan yang dijanjikan penuh bermakna dan istimewa.

"Saya sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya akan perform di Malaysia. Akhirnya dapat berkongsi karya-karya saya secara langsung dengan peminat di sini," katanya dalam satu sesi pertemuan media hari ini.

Ghea akan membawakan sekitar 10 buah lagu original dengan aransemen khas untuk penonton Malaysia. "Saya telah menyediakan beberapa aransemen istimewa yang berbeza daripada persembahan biasa saya. Ini pasti akan menjadi sesuatu yang special kerana ia kali pertama dibawakan di Malaysia," tambahnya.

Menyentuh tentang pemilihan lagu, artis ini menegaskan bahawa repertoirenya merangkumi pelbagai genre. "Ramai yang mungkin ada persepsi tentang imej dan genre lagu saya, tetapi sebenarnya saya mempunyai pelbagai jenis lagu termasuk lagu cinta dan lagu-lagu yang menguplifting," jelasnya.

Hubungan eratnya dengan peminat Malaysia telah lama terjalin melalui media sosial. "Peminat Malaysia sering memberi komen di posting saya dan menghantar mesej peribadi. Saya harap mereka semua dapat turut menyanyi bersama semasa persembahan nanti," ujarnya.

Artis ini turut berkongsi bahawa lagu-lagunya membawa mesej mendalam tentang self-love dan kesihatan mental. "Ketika menulis lagu 'Healing', saya sebenarnya sedang berbicara dengan diri sendiri, memberikan semangat dan afirmasi positif. Saya harap peminat di Malaysia yang mungkin sedang menghadapi cabaran dapat merasai semangat ini," katanya.

Persembahan yang dinantikan ini menjanjikan pengalaman muzik yang bermakna, dengan harapan setiap penonton akan pulang dengan semangat yang lebih positif dan tersentuh dengan mesej yang dibawakan.

Ghea ditemui ketika menghadiripelancaran Explorasi Usahawan Wanita di Klang semalam.

Konsert dianjurkan oleh INT X Group, ia dijadual berlangsung di Megastar Arena, di sini, pada 30 November nanti. Konsert diperindahkan oleh FARMASI, iaitu peneraju jenama kosmetik dan syarikat jualan lansung antarabangsa yang berpangkalan di Turkiye dengan pensijilan halal sebagai penaja utama.

Konsert FARMASI Soundzation menyaksikan elemen muzik dan kecantikan diadun menerusi persembahan hampir tiga jam oleh BCL dan Ghea, dan dihangatkan oleh kehadiran Elly sebagai pengacara dan penyanyi, sekali gus mencipta gandingan tidak diduga. 



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan