Perfume Paradise sebagai Wangian Rasmi Festival “Futureland” Warner Music Malaysia dan Watsons Malaysia
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR, 07 November 2024 - Warner Music Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian dinamik dengan Perfume Paradise sebagai wangian rasmi untuk “Futureland” Festival yang sangat dinanti-nantikan penonton di lokasi ikonik, Stadium Merdeka pada 23 November ini. Kerjasama yang menarik ini juga akan menyaksikan YES 5G menyertai sebagai rakan telco rasmi bersama perkongsian yang diumumkan sebelum ini dengan Watsons Malaysia sebagai penaja utama.
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini bersama dua bintang Big Stage, Wani Kayrie dan Nadeera juga akan menyertai pentas "Futureland" Festival. Mereka bakal menyertai barisan artis berkaliber Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MASDO, Ayda Jebat, Syamel, TUJU, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Leee, Rizal Rasid, empty page., FUGŌ dan ramai lagi dalam festival muzik hebat ini. Selain itu, penyanyi yang baru ditabalkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), Aina Abdul bakal membuat penampilan sulung di “Futureland” Festival.
“Futureland” Festival turut membuat kejutan dengan menampilkan sensasi viral, Fadhilah Intan yang popular dengan lagu Dawai. Dia akan membuat penampilan sulung dengan lagu terbaru, Alkisah Jiwa yang juga kerjasamanya dengan Amsyar Leee.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada semangat kreativiti dan inovasi festival ini yang selaras dengan nilai jenama mereka, “Sama seperti muzik yang mampu mencipta memori, Perfume Pardise percaya kami dapat memberikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan menerusi bauan. Kami berharap dapat membantu pengunjung festival mencipta memori menarik di “Futureland” Festival”.
![]() |
Puan Nur Afiqah Amran, Pengasas Perfume Paradise ketika memberikan ucap pada majlis sidang media. |
Festival ini juga akan menampilkan Watsons Glow Up Zone, termasuk pelbagai bidang kecantikan dan kesihatan dari Watsons Malaysia dengan hadiah percuma, sampel dan pengalaman interaktif yang menarik.
Pengunjung festival juga boleh membeli dan menikmati makanan dari pelbagai gerai jualan, serta aktiviti jalanan seperti ‘pop up stores’ dan banyak lagi.
“Futureland” Festival sudah membuatkan peminat dari seluruh negara tidak sabar untuk menghadirinya. Sejak tiket mula dijual, permintaannya cukup tinggi dengan tiket ‘early bird’ sudah habis dijual. Penjualan tiket fasa kedua sudah bermula dan peminat digalakkan untuk segera membelinya sekali gus dapat menjadi sebahagian daripada detik bersejarah muzik secara langsung ini di Stadium Merdeka.
Comments
Post a Comment