Program Explorasi Usahawan Wanita (EUW) Memperkasa Usahawan Wanita Malaysia Melalui Konsert Farmasi Soundzation
![]() |
Majlis pelancaran Explorasi Usahawan Wanita telah dilakukan oleh Yhbg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden ANGKASA &ASIA CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)). |
Oleh: Norazni Ismail.
KLANG 11 NOVEMBER 2024- Program Explorasi Usahawan Wanita (EUW), satu inisiatif kolaboratif di antara Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) dan FAR Academy, dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), hari ini mengumumkan satu program pembiayaan baharu bernilai sehingga RM20,000 untuk usahawan wanita dalam industri kecantikan.
Majlis pelancaran Explorasi Usahawan Wanita telah dilakukan oleh Yhbg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden ANGKASA &ASIA CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)).
![]() |
Yhbg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden ANGKASA &ASIA CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)) ketika memberi ucapan perasmian. |
![]() |
En Sezgin Comert (PENGURUS BESAR FARMASI MALAYSIA) ketika memberi ucapan. |
Program transformatif ini telah mendapat sokongan padu daripada rangkaian institusi kewangan dan koperasi terkemuka negara. Dua belas institusi, termasuk Amanah Ikhtiar, Tekun, MARA, dan Angkasa, telah berganding bahu untuk merealisasikan inisiatif ini. Kerjasama strategik ini bertujuan membuka peluang perniagaan yang lebih luas kepada usahawan wanita tempatan, terutamanya dalam industri kecantikan yang semakin berkembang pesat.
Melalui kerjasama istimewa dengan Farmasi dari Turki, program ini akan memberi akses kepada produk kosmetik, penjagaan kulit, dan nutrisi kesihatan bertaraf antarabangsa. Usahasama Malaysia-Turki ini dijangka memberi impak positif yang signifikan kepada ekonomi Malaysia, sambil mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab perniagaan serantau yang dinamik.
![]() |
Datuk Nazilah Hj Idris (Pengerusi Koperasi Wanita Malaysia Berhad-WCB) ketika memberikan ucapan. |
"Program EUW merupakan pemangkin dalam memperkasa usahawan wanita Malaysia untuk bersaing di peringkat global," kata Datuk Nazilah Hj Idris (Pengerusi Koperasi Wanita Malaysia Berhad WCB). "Dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak berkepentingan dan kerjasama antarabangsa dengan Farmasi dari Turki, kami yakin dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan antarabangsa untuk usahawan tempatan."
Usahawan wanita yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan memohon pembiayaan melalui mana-mana institusi rakan kongsi program ini. Antara platform yang boleh dihubungi termasuklah laman web rasmi Amanah Ikhtiar (aim.gov.my), Usahanita (usahanita.gov), KoPutri (koputri.com.my), Hijrah Selangor (hijrahselangor.com), Tekun (tekun.gov.my), Angkasa (angkasa.coop), Coop Bank (cbp.com.my), Kopsya (kopsya.coop), MARA (mara.gov.my), KOOP Sahabat (koopsahabat.my), dan WCB (wcbmalaysia.com).
“Konsert
FARMASI Soundzation menyaksikan elemen muzik dan kecantikan diadun menerusi
persembahan hampir tiga jam oleh Bunga Citra Lestari dan Ghea Indrawari, dan dihangatkan oleh kehadiran
Elly sebagai pengacara dan penyanyi, sekali gus mencipta gandingan tidak
diduga.
Comments
Post a Comment