Putera-putera Munif Hijjaz tampil dengan single "Perjalanan".


Oleh: Norazni Ismail.

Dua putera legenda nasyid Munif Hijjaz kini tampil memukau pendengar dengan single terbaru mereka, "Perjalanan". Putra Aiman dan Haikal Iman membuat penampilan sulung mereka di pentas nasyid kontemporari dengan lagu yang menggabungkan melodi membuai dan lirik penuh makna.

Video muzik yang sarat dengan mesej nasihat dan pengajaran telah meraih sambutan memberangsangkan dengan lebih 14 ribu tontonan di Youtube. Para peminat turut memerhatikan persamaan vokal Putra Aiman dengan suara ayahanda mereka ketika mengemudi kumpulan Nada Murni beberapa dekad lalu. Haikal Iman pula menyumbang kelunakan vokal yang melengkapi harmoni duet mereka, menjadikan "Perjalanan" sebuah karya yang layak mendapat perhatian industri nasyid dan hiburan tanah air. Korus yang catchy dan alunan melodi yang syahdu berpadu dengan elemen melankolik menjadikan lagu ini sebagai sebuah komposisi yang memukau.

Putra Aiman, 24, dan Haikal Iman, 22, merupakan anak sulung dan kedua pasangan Munif Hijjaz yang membesar dalam persekitaran muzik dakwah. Bakat seni yang mengalir dalam darah mereka telah diasah sejak di bangku sekolah hingga ke menara gading, di mana mereka sering tampil sebagai vokalis utama dalam pelbagai persembahan nasyid.


Graduan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Perniagaan Digital, Putra Aiman, bersama adiknya Haikal Iman yang baru menamatkan pengajian Pentadbiran Diplomatik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bertekad untuk meneruskan legasi perjuangan ayahanda mereka. Sebelum ini, Haikal Iman pernah merakamkan single zikir di bawah naungan Munif Hijjaz Pro pada 2014, manakala "Perjalanan" menandakan debut rakaman Putra Aiman.

Single "Perjalanan" kini boleh dinikmati di saluran Youtube Munif Hijjaz Channel dan platform penstriman muzik digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan