ROCK LEGENDA MALAYSIA-INDONESIA BAKAL GEGAR MENARA KUALA LUMPUR DALAM "ROX THE NATION"
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 29 NOVEMBER 2024 - Konsert ROXtheNATION yang bakal berlangsung pada 25 Januari 2025 di Menara Kuala Lumpur akan mempertemukan tiga icon rock Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas bersejarah.
Man Keedal dari band Waris, Jo Branko dari Barbarik, dan Eet Sjahranie dari EdanE - ketiga-tiga gitaris legenda yang mempunyai pengalaman empat dekad dalam industri muzik - akan tampil bersama untuk pertama kalinya.
Pengerusi Projek, Ellie G, mengumumkan konsert ini sebagai manifestasi semangat rock sejati yang merentasi sempadan negara. "ROXtheNATION adalah konsert yang akan menggegarkan Malaysia dan terdengar hingga ke Indonesia," katanya pada sidang media hari ini.
Tiket konsert dijual pada harga RM188 (Silver), RM288 (Gold), dan RM388 (VIP), manakala tiket Live Streaming hanya RM30. Tambahan menarik, setiap tiket akan menyumbang 5 peratus kepada persatuan SU.RE Sihat KL.
Sebagai bonus, seorang peminat bertuah bakal memenangi motosikal Harley Davidson pada malam konsert tersebut.
Pra jualan tiket bermula 26 November ini, manakala jualan biasa akan dibuka mulai 15 Disember. Penggemar boleh memperoleh tiket melalui www.ilassotickets.com.
Comments
Post a Comment