"Ronnie Hussein Kembali dengan Single Terbaharu 'Benar Aku Cinta'"



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2024 - Penyanyi Ronnie Hussein kembali ke industri muzik dengan pelancaran single terbaru bertajuk 'Benar Aku Cinta' hari ini, selepas lima tahun tanpa karya baharu. Lagu balada ini dihasilkan oleh Bee Ngapz dengan gubahan muzik oleh Rudy Nastia dan akan menjadi runut bunyi drama 'Lara Kasih' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 11 Disember.

Single ini diterbitkan oleh Indigital Music dengan kerjasama Alternate Records dan boleh didapati di semua platform digital, manakala video lirik boleh ditonton di saluran YouTube Indigital Music.

Ronnie yang terkenal dengan lagu 'Di Koyak Waktu' berharap single terbarunya ini akan mendapat sambutan hangat daripada peminat dan dapat menempa kejayaan seperti karya-karya terdahulunya.

“Saya memang sudah mengenali Rudy dan Afif kerana pernah bekerjasama sebelum ini. Tetapi untuk naskhah ini ada sedikit berbeza memandangkan ada beberapa perubahan dilakukan saat akhir. “Sebelum ini lagu ini sedikit tinggi tetapi ada perubahan dilakukan agar tidak kedengaran seperti menjerit atas permintaan Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom. Bila perbincangan lanjut diadakan, jadi semua bersetuju untuk mengubahnya ,” tambahnya lagi.

“Saya akui kedua-dua buah lagu tersebut memberikan kesan dan impak besar kepada perjalanankarier solo saya. Sama juga dengan Benar Aku Cinta, saya juga harapkan impak positif diberikanpendengar dan berharap mereka menyukai lagu ini.

“Apabila menghasilkan karya baharu, semuanya harus diberikan perhatian. Jika sambutan yangditerima dari pendengar baik dan stesen radio memberikan maklum balas positif, saya amat menghargainya,” katanya yang bersyukur menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-11.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan