Sumbangan PEKEMA Ringankan Beban Artis Veteran Tanah Air
![]() |
Tetamu VIP serta sebahagian artis bergambar selepas majlis. |
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 24 NOVEMBER 2024- Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) telah merakamkan penghargaan kepada Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) atas sumbangan kewangan bernilai RM5,000 kepada 30 orang penerima yang terdiri daripada penyanyi, pelakon veteran, dan individu yang sedang mengalami keuzuran.
![]() |
Ybhg Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin ( Presiden PEKEMA) turut memberi ucapan pada majlis tersebut. |
Majlis penyerahan sumbangan ini merupakan satu penghargaan bermakna bagi para penggiat seni yang uzur dan artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan dalam dunia seni tanah air. Mereka telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang hayat untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan lakonan, nyanyian, dan karya seni yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Kini, dengan faktor usia dan kesihatan yang semakin merosot, mereka berdepan dengan cabaran yang memerlukan sokongan daripada semua pihak.
![]() |
Zaiton Sameon antara penerima bantuan. |
![]() |
Ali Terra Rosa turut memnerima bantuan. |
Sebagai organisasi yang sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan penggiat seni, Persatuan Karyawan Malaysia amat menghargai sumbangan besar yang diberikan oleh Yayasan PEKEMA. Sumbangan RM5,000 seorang kepada setiap penerima bukan sekadar wang ringgit, malah ia merupakan simbol kasih sayang, penghargaan, dan penghormatan kepada segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam memajukan seni tanah air.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato' Freddie Fernandez berkata, "Artis-artis veteran dan para penggiat ini adalah warisan seni yang telah menghiburkan kita semua melalui karya-karya yang tidak ternilai harganya. Kini, setelah mereka memberikan segalanya, sudah tiba masanya bagi kita untuk memberikan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan. Yayasan PEKEMA telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi dalam menjaga kebajikan golongan ini, dan kami sangat berterima kasih atas kemurahan hati mereka."
![]() |
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato' Freddie Fernande ketika memberi ucapan pada majlis tersebut. |
Beliau turut menambah, "Kami berharap dengan sumbangan ini, para seniman yang telah berkhidmat untuk negara dapat merasai penghargaan yang sewajarnya. Sumbangan ini bukan hanya meringankan beban kewangan, tetapi juga memberi semangat untuk mereka terus dihargai sepanjang hayat mereka."
Comments
Post a Comment