SURIA FM CATAT LEBIH 3.3 JUTA PENDENGAR SEMINGGU



Oleh: Norazni Ismail.

Suria FM mencatatkan prestasi cemerlang dengan penarikan lebih 3.3 juta pendengar seminggu berdasarkan keputusan terkini GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024, peningkatan 292,000 pendengar (10%) berbanding kajian sebelumnya.

Segmen Suria Cinta oleh DJ Lin mencatat peningkatan tertinggi dengan 341,000 pendengar (33%), diikuti Gaya Suria dan Muzik Top Suria kendalian Cik Piah dengan 303,000 pendengar (23%). Morning Morning Suria bersama Ajak, Dato Fizz Fairuz dan Suraya meningkat 170,000 pendengar (12%), manakala Suria Petang dengan Sharifah Shahirah, Chiwan, dan Kai Hassan meningkat 152,000 pendengar (9%).

Dari segi pendengar eksklusif radio berbahasa Melayu, Suria Cinta mendahului dengan peningkatan 184,000 pendengar (32%), diikuti Suria Petang (175,000 pendengar, 29%), Gaya Suria dan Muzik Top Suria (143,000, 25%), serta Morning Morning Suria (92,000 pendengar, 15%). Suria Cinta kekal unggul dengan masa mendengar mingguan tertinggi 3 jam 11 minit.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) melahirkan rasa syukur atas pencapaian ini. "Kejayaan ini hasil komitmen padu team Suria yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik. Kami komited memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dengan kandungan menarik untuk pendengar Malaysia," ujarnya.

Sumber: GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024 (Individu 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia) 

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan