TOMOK & SITI NORDIANA BERSATU DALAM KONSERT MEMORI MUNGKIN BERULANG
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR, 13 November 2024 - Konsert Memori Mungkin Berulang yang menampilkan Tomok dan Siti Nordiana akan berlangsung pada 1 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert yang akan bermula pada jam 8 malam ini merupakan kolaborasi pertama antara kedua-dua penyanyi terkenal yang telah berkarya lebih 20 tahun dalam industri muzik tanah air.
Tomok, melalui syarikatnya POPSICLE RECORDS, akan membawakan pelbagai kejutan termasuk lagu-lagu hits seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih. Konsert ini juga akan menampilkan Tomok menyanyikan lagu-lagu duet Siti Nordiana bersama Allahyarham Achik.
"Harga tiket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan tidak merugikan wang anda.” Ujar Tomok yang juga selaku penaung Popsicle Records.
![]() |
Tomok. |
“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini adalah ia amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan Achik kerana kerap tampil dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.
Saya juga tidak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus satu fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z. Apa-apa pun saya bersyukur kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda.” Berikut kata-kata Nana yang penuh keterujaan
![]() |
Siti Nordiana. |
Sehingga kini tiket telah terjual sebnayak 50%. Tiket konsert yang dijual melalui Ticket2u bermula dari harga RM98 hingga RM498, manakala VIP BOX ditawarkan pada harga RM5000. Setakat ini, hampir 50% tiket telah terjual sejak pelancaran pada 28 Oktober 2024. Pihak penganjur juga mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana pihak untuk menjayakan konsert ini.
Comments
Post a Comment