TUFF KL MELANCARKAN FESTIVAL MUZIK ONE LOVE MUSIC 2024
![]() |
12 artis ternama dari Malaysia dan Indonesia bakal menjayakan FESTIVAL MUZIK ONE LOVE MUSIC 2024. |
KUALA LUMPUR, 06 November 2024 - Tuff KL hari ini mengumumkan penganjuran One Love Music 2024, sebuah festival muzik 12 jam yang akan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang. Festival ini akan menampilkan 12 artis ternama dari Malaysia dan Indonesia termasuk Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, Gerhana Ska Cinta, Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.
Penganjuran festival ini mendapat sokongan penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE serta kerjasama lebih 20 universiti awam dan swasta. Pelbagai kategori tiket ditawarkan bermula dari RM55 hingga RM450 dan boleh dibeli di www.ticketmelon.com/olmfest. Setakat ini, lebih 4,000 tiket telah berjaya dijual.
Muhammad Zul Agil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL berkata, festival ini bukan sekadar konsert, malah ia adalah gerakan yang bertujuan untuk menyatukan masyarakat melalui muzik. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX, Hassan Choudhury menyatakan keyakinan bahawa acara ini akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa.
![]() |
(kanan) Muhammad Zul Agil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL ketika memberikan kata-kata aluan. |
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti akaun media sosial rasmi @olmfest_ di Facebook, Instagram dan TikTok. Sebarang pertanyaan media boleh menghubungi Didie A Samueil di 019-7000170.
Comments
Post a Comment