Turkish Airlines KL Tower Towerthon 2024: Mencabar Had Ketahanan Anda
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024 - Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. mengumumkan penganjuran Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24) yang memasuki edisi ke-22. Acara sukan tahunan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM80,000.00.
Peserta akan mencabar diri mendaki 1,608 anak tangga menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck) THO4 pada ketinggian 292 meter, mencipta rekod baharu dalam sejarah acara ini.
"KLTITC24 membawa makna istimewa kerana ia bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-28 Menara KL," kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. Beliau menambah acara ini bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal, malah menyatukan peserta dari pelbagai latar belakang yang berkongsi minat sama.
Encik Nazli menekankan peranan acara yang lebih luas dalam memupuk penglibatan masyarakat. “Di sebalik cabaran fizikainya, acara ini meraikan dan menyatukan orang ramai yang berkongsi minat yang sama daripada pelbagai latar belakang. Kami teruja untuk melihat pencapaian luar biasa yang akan dibawa oleh peserta Towerthon tahun ini.”
![]() |
Encik Nazli bin Saad, (Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd) ketika memberi ucapan. |
Turkish Airlines kembali sebagai penaja utama buat kali ketiga, bersama sokongan pelbagai rakan strategik termasuk Kementerian Belia & Sukan, Tourism Malaysia, dan pelbagai jenama terkemuka.
![]() |
Piala yang menjadi rebutan. |
Pendaftaran boleh dibuat melalui portal rasmi di https://v2.checkpointspot.asia/event/KL-Tower-Run-24 dengan yuran berbeza mengikut kategori dan tempoh pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603-2020 5421 atau layari media sosial @menaraki dan laman web kitower.com.my.
Acara ini sejajar dengan matlamat Menara KL untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Selain itu, rakan acara lain yang turut menyokong adalah DEI Global, Syauqi Excellent, O'Briens Irish Sandwich Cafe Malaysia, PRIME Sports Malaysia, 100Plus Malaysia, Borneo Springs, N8 Sports Nutrition, KP) Ampang Puteri Specialist Hospital, Travel 88, WW Travel, Travelvago, Tourland Travel Malaysia, Yen Travel and Tours Sdn. Bhd., Asian Trails, FAMA, Nestle Milo, Nestle Ice Cream, Nestle Kitkat, Bon Sport Fragrance, Checkpoint Spot Sdn. Bhd., dan Malaysian Towerrunning Association.
![]() |
Bergambar bersama-sama penaja. |
Comments
Post a Comment