Festival Dugem Countdown 2025 Pertama Kali Dianjurkan di Malaysia

 


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 09 DISEMBER 2024- Sebuah festival musik elektronik yang baru dan inovatif akan menggemparkan Bandar Malaysia pada malam menjelang tahun baru 2025. Festival Dugem Countdown 2025 yang akan diadakan di The Landing, KL Base di Sungei Besi pada 31 Disember 2024 merupakan acara pertama dalam sejarah Malaysia yang membawakan genre muzik 'Dugem' secara besar-besaran.

Dugem, yang bermaksud "Dunia Gemelapan", adalah genre muzik elektronik popular yang berasal dari Indonesia dan telah berkembang di Malaysia sejak tahun 2014. Festival kali ini dijangka menarik minat peminat muzik dari seluruh rantau Nusantara, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Malaysia Timur.

Majlis sidang media yang diadakan di Metro Pudu Mall telah mengumumkan bahawa festival sepanjang 12 jam ini akan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 1 pagi. Penganjur, Mycom Entertainment, telah mengumumkan barisan artis yang menguja, termasuk dua bintang viral Indonesia iaitu Cipydot dan Icha Kharoline, serta lebih 10 artis tempatan termasuk Yonn, DJ Alyph, Jyn, dan lain-lain.


Penganjur, En Muhammad Adnan bin Mohd Dicky, menekankan bahawa objektif utama festival ini adalah untuk mempersatukan warga Nusantara tanpa mengira umur, etnik, atau latar belakang budaya. Acara ini bersifat terbuka untuk individu berusia 18 tahun ke atas dan akan menyediakan kemudahan seperti gerai makanan, food truck, tandas mudah alih, dan bilik solat.

Tiket festival akan dijual mulai 27 November 2024 melalui http://www.ticketmelon.com/dfc/dugemfestivalcountdown dengan harga bermula dari RM 88 untuk tiket General Admission dan RM 128 untuk tiket VIP pada peringkat awal. Penganjur telah mengambil langkah keselamatan yang komprehensif, dengan penglibatan pasukan keselamatan acara, RELA, dan pihak polis untuk memastikan kelancaran dan keselamatan peserta.

Dengan konsep 'hujan atau cerah' di kawasan terbuka, festival ini menjanjikan pengalaman muzik yang mendebarkan dan unik untuk menyambut tahun baru 2025.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan