Gabungan Mantap Sembilan Bintang Muzik Tanah Air
KUALA LUMPUR 20 DISEMBER 2024 - Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1 yang akan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Zepp Kuala Lumpur bakal menampilkan sembilan penyanyi tersohor tanah air termasuk Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy dan Amir Masdi.
Konsert yang berkonsepkan 'back to the 80's & 90's' ini merupakan satu penghormatan kepada tiga dekad kegemilangan industri muzik Malaysia dengan mengetengahkan pelbagai genre termasuk pop, rock dan balada. Para penyanyi akan mempersembahkan 22 buah lagu yang pernah dipertandingkan dan memenangi Anugerah Juara Lagu.
Pengasas dan Pengarah Pentas 365 Events, Afiezan Shah Mohd Zahari berkata konsert ini bukan sahaja meraikan artis-artis lagenda, malah mengimbau kembali zaman kegemilangan industri muzik Malaysia. Beliau turut menyatakan bahawa setiap penyanyi yang terlibat telah meninggalkan impak yang luar biasa dalam industri. Bagi melengkapkan lagi momen pada malam itu, penganjur mengajak penonton untuk sama-sama mengenakan 'dress code' bertemakan retro sekaligus mengabadikan memori bersama
Konsert ini akan turut dimeriahkan dengan kemunculan khas Kid Search, pemain gitar asal kumpulan Gersang yang akan membawakan lagu Masih Aku Terasa. Penganjur turut mengajak penonton untuk mengenakan pakaian bertemakan retro bagi mengabadikan memori bersama.
Di bawah arahan muzik Shah Slam, konsert ini mendapat sokongan dari Sinar FM, Gegar FM dan Zayan FM selaku radio rasmi. Tiket telah mula dijual sejak 29 September lalu dan boleh didapati melalui www.myticketempire.com atau maklumat lanjut di Instagram rasmi MEGAHITZ @pentas365.
Comments
Post a Comment