'HIJAB RINDU'-Lagu Terbaru Hanifah Balada Yang Menyentuh Perasaan



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 07 DISEMBER 2024- Penyanyi Black Hanifah membuat kejutan muzik dengan melancarkan single terbaharu bertajuk "Hijab Rindu" yang bakal menggegar pentas muzik tempatan. Lagu yang dicipta oleh Rudy Nastia bersama rakan kolaborasi Nyawa Black, Kelana, dan Adi Pawana ini membawa tema ketabahan dan kasih sayang yang mendalam.

Lagu yang dirakam di Mixbro Records dan dimasterkan oleh Huzai dari SYNS Music ini merupakan rakaman pertama Black selepas menjalani pembedahan pita suara. Ia menandakan kembalinya Black ke pentas muzik dengan satu karya yang penuh makna, mengisahkan perjalanan hidup yang mencabar namun penuh harapan.

Muzik video rasmi "Hijab Rindu" yang sebahagiannya dirakam di Perth, Australia, akan disiarkan pada 6 Disember 2024 jam 3 petang di saluran YouTube Nova Music Videos. Single ini turut memaparkan momen peribadi Black bersama keluarga, menyelitkan unsur kesungguhan dan keintiman.


Black Hanifah mengungkapkan bahawa lagu ini lebih daripada sekadar satu karya muzik, ia adalah perjalanan emosi yang mengajak pendengar untuk menghargai setiap memori dan menjadikannya sumber kekuatan menghadapi masa depan. Dengan lirik mendalam oleh Adi Pawana dan Rudy Nastia, "Hijab Rindu" dijangka bakal menyentuh hati pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.

Penggemarnya kini boleh menikmati single ini di semua platform penstriman muzik bermula 6 Disember 2024.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan