Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre Menganjurkan Perayaan Meriah Akhir Tahun
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR- Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre mengalu-alukan para tetamu untuk meraikan musim perayaan dengan jamuan buffet istimewa pada akhir tahun 2024 dan awal tahun 2025. Acara yang dijanjikan bakal menawarkan pengalaman kuliner dan hiburan yang tidak dapat dilupakan.
Pada 24 dan 25 Disember 2024, hotel menawarkan pilihan buffet menarik dengan harga yang berimpak. Buffet Lunch dan Hi-Tea disediakan pada harga RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. Sementara itu, Buffet Dinner pada 24 Disember pada harga RM118 untuk dewasa dan RM83 untuk kanak-kanak, manakala pada 25 Disember ditetapkan pada RM108 untuk dewasa dan RM76 untuk kanak-kanak.
Bagi mereka yang berminat, terdapat diskaun istimewa 10% untuk tetamu hotel, ahli kelab, dan mereka yang membuat tempahan serta membayar sebelum 18 Disember 2024. Acara ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, bingkisan parti, dan persembahan band secara langsung.
Majlis perayaan akan diteruskan pada 31 Disember 2024 dan 1 Januari 2025 dengan bufet istimewa yang bakal mengakhiri tahun anda dengan penuh kegembiraan. Pada 31 Disember, Buffet Makan Tengah Hari dan Hi-Tea ditetapkan pada RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak, manakala Buffet Makan Malam pada harga RM118 untuk dewasa dan RM83 untuk kanak-kanak.
Seterusnya, pada 1 Januari 2025, harga buffet kekal sama seperti sebelumnya dengan Buffet Makan Tengah Hari dan Hi-Tea pada RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak, serta Buffet Makan Malam pada RM108 untuk dewasa dan RM76 untuk kanak-kanak.
Mereka yang berminat boleh membuat tempahan melalui pelbagai saluran yang disediakan. Hubungi talian +60 3-2778 3388, WhatsApp di +60126689929 untuk tempahan biasa, +60126689970 untuk tempahan kumpulan, atau e-mel di sales.fb@ibisklcc.com.
Jangan lepaskan peluang untuk meraikan penghujung tahun dengan cara yang istimewa di Kampung Kitchen, di mana anda dapat menikmati santapan lazat dan acara menggembirakan bersama keluarga dan rakan. Sertai kami dan sambut tahun baru dengan penuh kegembiraan dan keharmonian!
Comments
Post a Comment